Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan talian telefon bagi pejabat SKM Wilayah Masjid Tanah Melaka disahkan tergendala disebabkan masalah PABX System. Sehubungan dengan itu, urusan call in/out bagi talian dan perkhidmatan faks di pejabat berkenaan tidak dapat digunakan buat masa ini terutama melibatkan orang awam dan koperasi. Talian tersebut adalah melibatkan butiran seperti ketetapan berikut:
i) Pejabat : SKM Wilayah Masjid Tanah Melaka
ii) Alamat : MT 2903B, Jalan TBBMT Utama, Taman Bandar Baru Masjid Tanah,78000 Masjid Tanah, Melaka
iii) Talian : 06-383 1634
iv) Faks : 06-383 1644
v) Pegawai Wilayah : Puan Siti Fatimah (012-259 2070)
Pihak pengurusan SKM Melaka sedang mendapatkan laporan teknikal daripada syarikat pengeluar bagi urusan pembaikan/pengantian perkhidmatan. Perkhidmatan tersebut tergendala sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.Sekian, terima kasih.