Aktiviti | : |
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Menara SKM hari ini yang telah dihadiri oleh YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Pada majlis ini turut diadakan Peluncuran Podcast Oh! Gitu yang merupakan satu platform interaktif bual bicara yang akan mengupas persoalan-persoalan di bawah ruang lingkup berkaitan ekosistem koperasi atau isu-isu semasa yang berlaku dalam gerakan koperasi. Podcast Oh! Gitu ini akan mula bersiaran pada 10 Mei 2024 (Jumaat) secara berkala di media sosial SKM. YB Timbalan Menteri KUSKOP juga telah membuat penyerahan lori kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad. Penyerahan lori ini adalah dalam usaha untuk mengukuhkan peranan Federasi sebagai Pusat Pengedaran Utama. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SKM telah meluluskan bantuan di bawah Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi [Supply Chain Empowerment For Co-Operatives] (SCOPE) kepada Federasi berjumlah RM246,000.00. Skop bantuan termasuk pembelian sebuah lori berkapasiti 7.5 tan berjumlah RM151,000.00 untuk kemudahan penghantaran barangan keperluan kepada rangkaian pusat pengedaran dan Coop Mart di Semenanjung Malaysia. Selain itu, di majlis ini juga turut diadakan pelbagai pengisian antaranya, pertandingan mengikat sampin kreatif, sukan rakyat, pertandingan karaoke dan pertandingan menganyam ketupat. Hadir semasa majlis iftar adalah Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBrs. Tuan Rusli bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, YBrs. Encik Azizul bin Alias, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja & Peniaga Kecil KUSKOP, Ketua- ketua Agensi di bawah KUSKOP serta gerakan koperasi.
|