SKM Cemerlang  Kecemerlangan Koperasi  Perkhidmatan Awam

Dedikasi bekerja
Mendukung amanah diberi
Menangkis cabaran
Cekap dan terancang
Dan meraih kejayaan
Gagah bersaingan
Menempuh cabaran
Sukar perit tak menghalang

Korus:
SKM tegap dan teguh
Merentas ranjau semasa
SKM jadi penentu
Koperasi cemerlang juga gemilang

SKM proaktif dan cekap
Membentuk ekonomi subur
SKM progresif dan jujur
Peneraju kecemerlangan

Proaktif dan progresif
Membantu membentuk wawasan
Untuk negara
Dan bangsa berjaya
Itulah hambatan tekad
Jujur dan ikhlas
Mencurah jasa
Untuk hidup yang cemerlang

Ulang korus:

 

Audio SKM Cemerlang

Tubuhnya mekar tersurat sudah
Pencetus amanah terbitan bangsa
Jatuh bangun generasi bertuah
Menongkah arus cabaran dunia 
Ekonomi mampan milik semua
Kecil dan besar hendak berjaya
Semangat kental tak pernah padam
Diasuh dibimbing siang dan malam

Korus:
Koperasi seiring aspirasi negara
Matlamat terpuji meliputi segala
Segenap insan sedia terbela
Menggarap kejayaan di bumi Malaysia

Tingkatkan perkhidmatan untuk berjaya
Terapkan nilai selaras dasar semasa
Prinsip dan falsafah koperasi difahami
Itulah kunci kecemerlangan koperasi

Ulang korus:

 

Audio Kecemerlangan Koperasi

Kita memegang amanah bangsa
Kita juga telah berikrar
Taat setia
Korban tenaga
Bela bangsa dan negara
Etika kerja kita amalkan
Tekun, jujur dan berbudaya
Gandakan hasil dan pembangunan
Berkhidmat bakti berjasa
Agama asas pegangan
Perlembagaan Negara dijulang
Rukun Negara jadi pedoman
Kitalah benteng Malaysia!