![]() |
||||||
PUAN NORLELAH BINTI SAMSUDDIN norlelah[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
PENGARAH HAL EHWAL ANTARABANGSA DAN KOMUNIKASI KORPORAT |
||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Pengenalan
Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa adalah satu Bahagian yang diwujudkan apabila Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) diperbadankan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), satu Badan Berkanun Persekutuan yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2008. Bahagian ini secara ringkasnya dinamakan HEKA dan diletakkan di bawah Pejabat Pengerusi Eksekutif SKM.Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa (HEKA) terbahagi kepada 3 unit iaitu ; |
|||
i. | Unit Tugas-tugas Khas dan Hal Ehwal Lembaga | ||
ii. | Unit Komunikasi Korporat | ||
iii. | Unit Antarabangsa | ||
Objektif
HEKA bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara berkaitan hal-hal ehwal korporat SKM sebagai Badan Berkanun Persekutuan dilaksanakan. Antara pematuhan sebagai Badan Berkanun Persekutuan adalah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SKM dan mengadakan mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah bagi memutuskan perkara-perkara melibatkan dasar dan polisi SKM. HEKA juga bertanggungjawab sebagai focal point dalam menyalurkan maklumat-maklumat rasmi SKM sama ada melalui media massa, portal rasmi dan media sosial. Selain daripada itu HEKA bertanggungjawab dalam pengurusan aduan di pihak awam dan agensi. HEKA juga terlibat dalam menyelaraskan mana-mana program untuk ke luar negara sama ada melibatkan SKM atau sektor koperasi dan; bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar negara seperti ICA atau regulator dalam mana-mana program yang boleh memberikan faedah kepada sektor koperasi di Malaysia. |
Fungsi
• |
Menguruskan hal ehwal Lembaga Pengarah SKM seperti ketetapan Akta SKM 2007; |
||
• |
Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM seperti ketetapan Akta SKM 2007 dan Undang-Undang Kecil SKM; |
||
• |
Menyediakan Laporan Tahunan SKM seperti mana kehendak Badan-Badan Berkanun Persekutuan; |
||
• |
Menyalurkan maklumat-maklumat rasmi SKM melalui media massa, portal rasmi dan media sosial serta pengurusan aduan di pihak awam dan agensi; |
||
• |
Menyelaraskan program-program rasmi ke luar negara yang melibatkan SKM atau sektor koperasi; |
||
• |
Menjalinkan kerjasama dengan pihak luar negara seperti ICA atau regulator dalam program-program yang boleh memberikan faedah kepada sektor koperasi di Malaysia; |
||
• |
Menguruskan publisiti SKM dengan pihak media; dan |
||
• |
Menjalinkan hubungan baik dengan stake holders (Kementerian, Agensi Kerajaan, rakan-rakan media dan orang awam) dalam usaha mengekalkan imej SKM. |
||