Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). SKM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur. Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, SKM amat mengalu-alukan penyertaan SEMUA dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: |
|
1. | Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali. |
2. | Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain. |
3. | Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian. |
4. | Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama. |
5. | Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali. |
6. | Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan 'COPYRIGHT LAW', 'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain. |
7. | DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya |
8. | Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program "Malware" yang boleh mengganggu dan merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain. |
9. | Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri. |
10. | Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan. |
11. | Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis. |
12. | Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda adalah termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan. |
Polisi E-Penyertaan | |
- Utama
- Mengenai SKM
- Perutusan Pengerusi Eksekutif
- Latar Belakang
- Falsafah, Misi & Visi
- Strategi SKM
- Piagam Pelanggan
- Gerakan Koperasi
- Lagu Rasmi
- Organisasi
- Struktur Organisasi
- Lembaga Pengarah
- Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
- Jawatankuasa Lembaga Pengarah
- Jawatankuasa Pemantauan Koperasi
- Jawatankuasa Kewangan & Pelaburan
- Jawatankuasa Rayuan Perjawatan
- Jawatankuasa Perkhidmatan & Perjawatan
- Badan Pemantauan Audit Koperasi
- Jawatankuasa Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Jawatankuasa Pembangunan Koperasi
- Jawatankuasa Khas Hartanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
- Pengurusan
- Objektif & Fungsi Bahagian
- Direktori Warga
- Perkhidmatan
- Perundangan
- Pusat Sumber
- Pengumuman
- Keratan Akhbar
- Galeri Media
- Tender
- Sebut Harga
- Pusat Muat Turun
- Penerbitan
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2022
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2021
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2020
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2019
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2018
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2017
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2016
- Laporan Ekonomi Sektor Koperasi 2015
- Laporan Tahunan
- Antologi Kes Perundangan Koperasi 2016
- Arkib
- Anugerah dan Pengiktirafan
- E-Penglibatan
- Hubungi Kami