Pengenalan
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi. | |||
Permohonan Menubuhkan Koperasi
Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi: |
|||
1. | Menghubungi pejabat SKM | ||
Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM. | |||
2. | Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi | ||
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan. | |||
3. | Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja | ||
Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya tiga orang hendaklah dibentuk. Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah: |
|||
i. | Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota. | ||
ii. | Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan kesesuaian yang diperlukan. | ||
iii. | Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi. | ||
iv. | Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan | ||
v. | Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM. | ||
4. | Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan | ||
Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi. | |||
Permohonan Mendaftarkan Koperasi
Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut: | |||
1. | Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi | ||
2. | Undang-undang kecil Koperasi | ||
3. | Minit Mesyuarat Agung Permulaan | ||