Senarai pertanyaan/aduan yang dipaparkan ini adalah pertanyaan/aduan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Setiap pertanyaan/aduan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.

BIL. TARIKH PERTANYAAN  PENGGUNA PERTANYAAN  MAKLUMBALAS 
1. 14-01-2015 Syurhaizal binti Azmi Saya ingin bertanya soalan berkaitan pindaan undang2 kecil. Apakah prosedur yg perlu dilalui pihak kami untuk meminda saham minima guru kini RM30 kepada RM200. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak tuan. Terima kasih.

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

Puan,

Mengenai maklum balas berhubung pertanyaan puan berkenaan pindaan undang-undang kecil (UUK) koperasi. Berikut adalah beberapa maklum balas yang pihak kami dapat kemukakan:

1. Syarat pindaan UUK koperasi sekolah adalah sama dengan koperasi dewasa.

2. Pindaan UUK perlu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat.

3. Kuorum untuk pindaan UUK dalam mesyuarat agung tahunan adalah 2/3 daripada anggota yang layak iaitu cukup syer minimum sebagai anggota.

4. Setelah pindaan diterima dan diluluskan dalam mesyuarat, dokumen berkaitan pindaan seperti cabutan minit mesyuarat,borang pindaan perlu dikemukakan kepada pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berkaitan tidak lewat daripada 3 bulan selepas mesyuarat agung tahunan yang meluluskan pindaan UUK.

5. Syer koperasi sekolah secara amalannya diletakkan pada amaun yang minimum sesuai dengan keupayaan pelajar dan guru sekolah. Sebagai contoh jika syer minimum RM30.00, seseorang anggota boleh menambah syernya kepada RM100.00 atau lebih atau tidak melebihi 1/5 daripada jumlah keseluruhan syer koperasi.

6. Bersama-sama ini disertakan beberapa contoh dokumen yang perlu dikemukakan kepada SKM setelah pindaan UUK Berjaya diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan.


Untuk pertanyaan lanjut puan boleh berhubung dengan pejabat SKM berhampiran bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

Sekian, terima kasih.

2. 11-02-2015 Haniff Ravintharan bin Abdulla Kami telah menghantar permohonan pendaftaran koperasi pada 16 Jan 2015 melalui sistem atas talian. Namun sehingga kini kami belum dapat info status permohonan tersebut.

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

Tuan,

Merujuk kepada perbualan telefon dengan tuan:

1. Koperasi tuan dalam proses pendaftaran dan semua dokumen telah diserahkan kepada SKM Wilayah Persekutuan.

2. Proses pendaftaran akan diuruskan oleh SKM Wilayah Persekutuan dan sijil pendaftaran akan dikemukakan kepada pihak koperasi setelah ianya Berjaya didaftarkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pihak tuan boleh hubungi:

SKM Wilayah Persekutuan, Tingkat 1, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 03-2083 4219
Fax: 03-2083 4124

u.p: Penolong Pengarah Wilayah Nasional C

Sekian, terima kasih.

3. 13-03-2015 Mahizon Mohd Akhir Koperasi kami baru diluluskan pendaftarannya. Akaun bank telah pun dibuka. Bolehkah kami mulakan pencarian keahlian koperasi dengan menggunakan borang rasmi tanpa logo. Kami akan buat isian semula borang keahlian dengan logo setelah loga mendapat kelulusan dari SKM. Salam Sejahtera Puan.

Merujuk kepada perbualan telefon dengan Puan, berkaitan soalan puan untuk menggunakan logo koperasi. Secara dasarnya sesuatu koperasi yang telah didaftarkan boleh menjalankan aktivitinya walaupun tanpa penggunaan logo. Untuk pengunaan logo yang sah, pihak koperasi perlu mengemukakan permohonan kepada SKM yang berkaitan untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

4. 27-08-2015 Salwa

Kami tinggal di kawasan Teluk Intan. Penduduk kampung kami berhasrat mendaftar koperasi.

Di mana saya boleh dapatkan penerangan berkenaan koperasi?

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

1. Terlebih dahulu pihak kami berterima kasih di atas minat penduduk di kawasan puan untuk menubuhkan koperasi.

2. Puan boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan koperasi melalui laman web SKM.

3. Selain dari itu, puan juga boleh menghubungi atau hadir ke pejabat SKM Hilir Perak di alamat , Jalan Maharaja Lela, 36000 Teluk Intan, Perak atau telefon : 05-6221388.

Sekian.
5. 01-12-2015 Abd Kadir Mohd Noor

1. Boleh atau tidak, seorang anggota mengeluarkan semua modal syer beliau selain daripada setelah berhenti menjadi anggota koperasi

2. Jika boleh, berapa peratus, yang boleh dikeluarkan dan apakah prosedur proses pengeluaran ini.

3. Akta, prosedur atau aturan mana yang perlu di rujuk.

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

Tuan,

Merujuk kepada perbualan telefon, dimaklumkan bahawa Bahagian Statutori & Pendaftaran SKM telah mengemukakan maklumbalas bagi soalan yang telah pihak tuan ajukan sebelum ini dan jawapannya adalah seperti berikut:.

A. Menurut perenggan 50(b) Akta Koperasi 1993, syer yang dilanggani dan dibayar oleh anggota koperasi, tertakluk kepada suatu amaun minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat.

B. Walau bagaimana pun, syer yang dilanggani melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau kedua-duanya tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu.

C. Sehubungan itu mana-mana anggota Koperasi disarankan merujuk kepada peruntukan UUK Koperasi berkaitan untuk tindakan yang sewajarnya.

D. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi SKM Cawangan Negeri yang terdekat dan alamatnya boleh diperolehi dalam laman portal rasmi SKM.

Sekian, terima kasih.

6. 04-12-2015 Guruu Ramasamy

Kami berhasrat ingin menyatukan semua koperasi kaum India di negara ini.

Di mana kami boleh mendapatkan statistik semua koperasi kaum India di Malaysia?

Selamat sejahtera.

Tuan,

Bagi mendapatkan maklumat statistik koperasi kaum India, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Koordinasi Perangkaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti di alamat berikut:

Bahagian Statutori & Pendaftaran
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Aras 2, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2083 4000
Faks: 03-2083 4100

atau dengan melayari Direktori Bahagian Statutori & Pendaftaran di laman web kami.

Sekian, terima kasih.

7. 16-12-2015 Qurratulaini binti Mohamad Rusli

Saya ingin tahu cuti tahunan bagi pekerja yang bekerja kurang dari setahun ditentukan oleh Majikan atau perlu mengikut undang-undang buruh dimana cuti tahunan adalah 8 hari dengan syarat pekerja tersebut bekerja kurang dari tempoh 2 tahun.

Harap pertanyaan saya dapat dibalas dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

Puan,

Merujuk kepada perbualan telefon, difahamkan bahawa Puan berkhidmat dengan sebuah Koperasi di Negeri Kedah. Berhubung pertanyaan puan berkaitan cuti kakitangan koperasi, ianya adalah tertakluk kepada prosedur atau syarat yang ditetapkan oleh majikan berkenaan.

Walaubagaimanapun, puan adalah disarankan untuk berbincang dengan majikan dan sekiranya terdapat kekeliruan bolehlah berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.

Sekian.

8. 20-12-2015 Mansor bin Yusoff Adakah Koperasi Permodalan Bersatu Berhad telah didaftar?

Terima kasih kepada tuan atas pertanyaan.

Dimaklumkan bahawa koperasi ini masih dalam proses pendaftaran dan belum menerima sijil pendaftaran yang sah daripada SKM. Pihak SKM telah mengeluarkan kenyataan rasmi dalam laman web menafikan bahawa Koperasi ini sudah sah berdaftar memandangkan ramai pihak mengadu koperasi ini menggunakan nama koperasi dan menawarkan skim pulangan yang tinggi melalui media sosial (facebook).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pegawai SKM seperti berikut:

Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-20834056 (Puan Norzila Binti Nayan)
03-20834418 (Puan Nurul Akmar Binti Ahmad Radzi )

Faksimili: 03-20834105

Sekian.

9. 21-12-2015 Simon Roy Sekiranya sebuah koperasi itu didaftarkan di Negeri Johor, adakah koperasi tersebut juga boleh beroperasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan jika mempunyai keahlian di negeri tersebut?

Salam Sejahtera tuan.

Sesebuah koperasi yang sah berdaftar perlu mematuhi perundangan yang ada iaitu tertakluk di bawah Akta Koperasi 1993 dan perjalanan aktiviti koperasi di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung.

Aktiviti perniagaan koperasi boleh dijalankan di seluruh Malaysia tetapi pengambilan anggota koperasi adalah tertakluk kepada peruntukan UUK koperasi tersebut. Pengambilan anggota baru adalah tertakluk kepada UUK iaitu mereka yang layak dan berada dalam kawasan operasi koperasi tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, tuan boleh menghubungi pejabat SKM Cawangan negeri yang terhampir di mana koperasi tersebut didaftarkan.

Sekian.

10. 21-12-2015 Mazelan abdullah Bolehkah Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang dilantik digugurkan dan digantikan dengan ahli baru. Jika boleh, apakah statusnya sama dengan Ahli Lembaga Pengarah yang diplih semasa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

Kepada pelanggan kami yang dihargai.

Tuan,

Bahagian Statutori & Pendaftaran SKM telah mengemukakan maklumbalas bagi soalan yang telah pihak tuan ajukan sebelum ini dan jawapannya adalah seperti berikut:.

A. Kaedah menggugurkan Anggota Lembaga (ALK) dalam Koperasi boleh dibuat dengan merujuk Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi:

i. perkara 36(1): Satu pertiga daripada ALK hendaklah mengosongkan jawatan pada setiap tahun di dalam mesyuarat agung tahunan;

ii. perkara 38(1): ….. cadangan bertulis penamatan pelantikan ALK itu hendaklah disampaikan kepada Koperasi sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung tahunan itu dipanggil.

iii. Perkara 38(2): keputusan untuk menamatkan pelantikan seseorang atau kesemua ALK hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung itu mendengar penjelasan ALK yang terlibat.

B. Sehubungan itu mana-mana anggota Koperasi disarankan merujuk kepada peruntukan UUK Koperasi berkaitan untuk tindakan yang sewajarnya.

c. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi SKM Cawangan Negeri yang terdekat dan alamatnya boleh diperolehi dalam laman web rasmi SKM.

Sekian, terima kasih.

11. 26-12-2015 Muhamad Fayyadh Hariz bin Isam Saya diajak oleh rakan untuk turut serta dalam program melabur. Tetapi kadar keuntungan dari pelaburan tersebut sangat tinggi. Saya berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan dan  maklumbalas tentang kebenaran syarikat itu. Ini adalah kerana operasi syarikat itu banyak diviralkan di media sosial. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada tuan atas pertanyaan yang telah diajukan.

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menerima banyak pertanyaan berkaitan skim pelaburan dan koperasi dikatakan terlibat dalam menguruskan skim ini.

Untuk makluman tuan, Pihak SKM telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi dalam laman web untuk menafikan bahawa Koperasi ini sudah sah berdaftar memandangkan ramai pihak mengadu koperasi ini menggunakan nama koperasi dan menawarkan skim pulangan yang tinggi melalui media sosial (facebook).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi pegawai SKM seperti berikut:

Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-20834056 (Puan Norzila Binti Nayan)
03-20834418 (Puan Nurul Akmar Binti Ahmad Radzi)

Faksimili: 03-20834105

Sekian.

12. 29-12-2015 Lim Thuang Sin Bagaimana saya dapat mengetahui latar belakang sesuatu Koperasi seperti ahli lembaga pengarah, jumlah keahlian dalam koperasi, jumlah saham, jumlah pelabur dan sebagainya?

Salam Sejahtera.

Tuan,

Untuk mandapatkan maklumat berkaitan pendaftaran koperasi dan senarai Lembaga koperasi, permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Pemeriksaan Maklumat Koperasi yang disediakan (BORANG 2 Pind.1/2015).

Sukacita dimaklumkan borang ini akan diberi kepada Tuan melalui e-mel.

Untuk pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi SKM Cawangan Wilayah Persekutuan seperti maklumat di bawah:

PEJABAT NEGERI SKM WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 1, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 40490 Kuala Lumpur

Tel:03-2083 4200
Fax:03-2083 4286

Sekian.