Latar Belakang Program
Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi (Bantuan Pembangunan) |
|||
Program ini bertujuan untuk menggiat dan meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju bagi meningkatkan pendapatan koperasi. | |||
Objektif Program
1. |
Bantuan kewangan kepada koperasi untuk melaksana, meningkat serta memantapkan perniagaan atau perusahaan yang diceburi |
||
2. |
Menggalakkan penglibatan koperasi dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi; |
||
3. |
Pemangkin untuk meningkatkan sumbangan perolehan koperasi menjelang tahun 2020; |
||
4. |
Meningkatkan penguasaan koperasi dalam aktiviti di sepanjang rantaian bekalan (supply chain); |
||
5. |
Meningkatkan budaya keusahawanan dan tahap profesionalisme; dan |
||
6. | Insentif ini memberi tumpuan kepada koperasi bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk memulakan perniagaan dan dapat menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik. | ||
Sektor Ekonomi Yang Diberi Tumpuan
Sektor-sektor ekonomi yang diberi tumpuan perkhidmatan ini adalah seperti berikut: | |||
1. | Pemborongan dan Peruncitan | ||
2. | Perkhidmatan Kewangan | ||
3. | Perladangan | ||
4. | Pertanian dan Industri Asas Tani | ||
5. | Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan | ||
6. | Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan | ||
Fokus Program
1. |
Meningkatkan taraf pendapatan isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah – Memberi keutamaan kepada koperasi kluster mikro dan kecil dalam membangunkan keusahawanan di kalangan anggota koperasi; |
||
2. |
Memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera – Bantuan perniagaan kepada Koperasi Komuniti; |
||
3. |
Mentransformasi luar bandar untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat – Koperasi yang berdaya maju dan business oriented di kawasan luar bandar; |
||
4. |
Mempercepat pertumbuhan wilayah ke arah keseimbangan geografi yang lebih baik – Penglibatan perniagaan koperasi di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak; dan |
||
5. |
Memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC) untuk meningkatkan pemilikan kekayaan – Lebih 80% koperasi berdaftar adalah bertaraf Bumiputera. |
||
Kategori dan Amaun Bantuan
Syarat-syarat Bantuan
1. |
Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (baharu/ sedia ada) dan diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); |
||
2. |
Undang-undang kecil koperasi (UUK) membenarkan koperasi menjalankan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi; |
||
3. |
Koperasi mempunyai pengurusan dan pentadbiran yang baik/memuaskan; |
||
4. |
Koperasi mematuhi perundangan koperasi (Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi, Garis Panduan); |
||
5. |
Koperasi mematuhi undang-undang lain yang berkaitan bagi melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi (jika berkaitan); |
||
6. |
Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan dan lesen daripada pihak berkuasa tertentu bagi melaksanakan aktiviti perniagaan mengikut sektor ekonomi (jika berkaitan); |
||
7. |
Koperasi telah membuat kajian yang menyeluruh dari segi daya maju projek, potensi pasaran dan mampu untuk mengekalkan prestasi perniagaan dalam jangka panjang; |
||
8. |
Koperasi tiada tunggakan bayaran balik pembiayaan TMP-JPK, Caruman KWAP, Fi Audit dan lain-lain bayaran statutori yang dikenakan oleh SKM; |
||
9. |
Koperasi yang telah menerima Bantuan Pembangunan boleh memohon semula selepas tempoh tiga (3) tahun tertakluk kepada prestasi bantuan sebelum ini. |
||
10. |
Satu perjanjian hendaklah ditandatangan antara koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memastikan geran bantuan pembangunan perniagaan yang diluluskan dibelanjakan secara berhemah dan memenuhi skop bantuan diberikan. |
||
11. |
Dana bantuan hendaklah digunakan oleh koperasi sepertimana skop yang dinyatakan dalam perjanjian dalam tempoh enam (6) bulan selepas dana disalurkan. |
||
12. | Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan adalah MUKTAMAD, dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. | ||
Skop Kegunaan Bantuan
1. |
Ubahsuai/ naiktaraf premis/ bangunan/ apa-apa struktur binaan bagi tujuan perniagaan; |
||
2. |
Pembelian jentera seperti front shovel, traktor, dll bagi tujuan pertanian dan perladangan yang diusahakan sendiri oleh koperasi (bukan untuk sewaan). Pemberian bantuan secara Matching Grant; |
||
3. |
Pembelian peralatan/ mesin/ kelengkapan (automated & computerized); |
||
4. |
Penyediaan kawasan, perparitan, pengairan, pembinaan kandang/ reban/ sangkar, nurseri, sistem keselamatan (pagar), peralatan, log kelulut, penternakan burung walit dan lain-lain. |
||
Permohonan Yang Tidak Akan Dipertimbangkan
1. |
Pembelian kenderaan/ peralatan/ kelengkapan/ perabot pejabat dan pembiayaan kos operasi serta modal pusingan bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang berkaitan adalah tidak termasuk dalam skop bantuan ini dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN |
||
2. |
Permohonan pertukaran skop oleh koperasi setelah bantuan diluluskan adalah TIDAK DIPERTIMBANGKAN. Koperasi hendaklah mengembalikan semula bantuan yang diterima kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Permohonan baharu daripada koperasi perlu dikemukakan sekiranya masih berminat. |
||
Tatacara Permohonan Bantuan
1. | Permohonan perliu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM | ||
i. |
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna (pengguna baharu) dan seterusnya akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk mengakses Sistem Permohonan Atas Talian SKM. Bagi yang telah dan mempunyai akses ke sistem, anda boleh terus mendaftar masuk. |
||
ii. |
Daftar masuk dan lengkapkan KESEMUA butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Bantuan Pembangunan Koperasi (eFast SKM) |
||
2. | Pemohon juga perlu menyediakan dokumen untuk dimuatnaik ke dalam sistem iaitu: | ||
a. | Kertas Kerja Permohonan Bantuan Pembangunan Koperasi SKM; | ||
b. | Penyata kewangan teraudit 2 tahun terakhir / 3 tahun bagi permohonan kategori “ADVANCE‟; | ||
c. | Butiran kos bantuan yang dipohon; | ||
d. | Cabutan minit mesyuarat agung; | ||
e. | Cabutan minit mesyuarat lembaga; | ||
f. | Sebut harga (quotation); | ||
g. | Gambar-gambar sokongan bagi projek yang dipohon; | ||
h. | Penyata terimaan dan bayaran bagi 6 bulan terakhir; | ||
i. | Penyata bank terkini; | ||
j. | Dokumen lain yang menyokong seperti Surat Kebenaran Badan Berkuasa, Perjanjian Sewaan/ Surat Ikatan antara Pihak Berkaitan, Lesen Perniagaan/ Lesen-lesen lain yang berkaitan, hak pemilikan, dan lain-lain. | ||
Obligasi Koperasi Penerima Bantuan
Koperasi yang berjaya dalam permohonan PERLU: |
|||
1. |
Berhemah dan bertekun bagi memastikan projek yang dilaksanakan sentiasa berdaya maju. |
||
2. |
Memastikan prestasi projek adalah memuaskan, memberi keuntungan dan pulangan kepada koperasi dalam tempoh yang wajar dan munasabah. |
||
3. |
Menjalankan due diligence audit dan mengambil inisiatif untuk memulihkan prestasi perniagaan koperasi yang tidak memuaskan. |
||
4. |
Semua peralatan/ mesin/ kelengkapan/ aset bantuan hendaklah didaftarkan sebagai aset milik koperasi. |
||
5. |
Menggunakan bantuan/peralatan/mesin/kelengkapan hanya untuk maksud menjalankan program yang diluluskan sahaja. |
||
6. |
Peralatan/ mesin/ kelengkapan tidak dibenarkan diubahsuai dalam apa jua bentuk sekali pun. Koperasi juga tdak boleh menjual dan memindah milik aset bantuan tanpa terlebih dahulu memperoleh kelulusan daripada SKM. |
||
7. |
Membayar ganti rugi sekiranya peralatan/ mesin/ kelengkapan hilang di atas kecuaian atau dirosakkan dengan sengaja. |
||
8. |
Peralatan/ mesin/ kelengkapan yang digunakan oleh koperasi hendaklah dijaga dengan baik, bersih dan sempurna. |
||