1.

Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Koperasi

       
 

Kategori Aduan:

   
  Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:    
       

   
 

Mengemukakan Aduan Mengenai Koperasi:

  Aduan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia perlulah mengikut panduan berikut:
       
   i. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.  
       
   ii. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah mengenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua. 
       
   iii. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM (jika perlu). 
       
   iv. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan. 
       
   v.

Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM.

       
 

Tatacata Mengemukakan Aduan:

 
  Sebarang aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:-  

 
 2.

Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Pertanyaan/ Aduan Umum dan Lain-lain

 

Sebarang pertanyaan/ aduan umum dan lain-lain yang diterima SKM akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh ianya diterima.

       
 

Pertanyaan/ Aduan Umum/ Lain-lain Melalui Sistem Dalam Talian:

   
   i.      Klik pautan berikut: Sistem Aduan & Maklumbalas
 ii.     Kemukakan aduan melalui sistem
 iii.    Semak status semasa aduan yang dikemukakan