SKM Peneraju Kecemerlangan  Kecemerlangan Koperasi  Perkhidmatan Awam

Dedikasi, integriti amalan kami
Keazaman dengan kesungguhan
Kemajuan lambang kejituan usaha
Warga SKM, berwawasan

Kegigihan, berpasukan
Itulah jati diri kami
Jujur dan ikhlas dalam mencurah jasa
Koperasi progresif, oh..

Beri galakan kepada yang memerlukan
Dengan bimbingan dan juga pendedahan
Khidmat bantuan akan terus diberikan
Koperasi ke era kecemerlangan

SKM peneraju koperasi
Ke era kecemerlangan
Inilah ikrar warga SKM oh...


Beri galakan kepada yang memerlukan
Dengan bimbingan dan juga pendedahan
Khidmat bantuan akan terus diberikan
Koperasi ke era kecemerlangan


SKM peneraju koperasi
Ke era kecemerlangan

 

Audio SKM Peneraju Kecemerlangan

Tubuhnya mekar tersurat sudah
Pencetus amanah terbitan bangsa
Jatuh bangun generasi bertuah
Menongkah arus cabaran dunia 
Ekonomi mampan milik semua
Kecil dan besar hendak berjaya
Semangat kental tak pernah padam
Diasuh dibimbing siang dan malam

Korus:
Koperasi seiring aspirasi negara
Matlamat terpuji meliputi segala
Segenap insan sedia terbela
Menggarap kejayaan di bumi Malaysia

Tingkatkan perkhidmatan untuk berjaya
Terapkan nilai selaras dasar semasa
Prinsip dan falsafah koperasi difahami
Itulah kunci kecemerlangan koperasi

Ulang korus:

 

 

 

 

 

Audio Kecemerlangan Koperasi

Kita memegang amanah bangsa
Kita juga telah berikrar
Taat setia
Korban tenaga
Bela bangsa dan negara
Etika kerja kita amalkan
Tekun, jujur dan berbudaya
Gandakan hasil dan pembangunan
Berkhidmat bakti berjasa
Agama asas pegangan
Perlembagaan Negara dijulang
Rukun Negara jadi pedoman
Kitalah benteng Malaysia!