Mengenai Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBK) diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah; khususnya akibat dari bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan. Ianya bertujuan bagi membolehkan koperasi-koperasi ini berupaya membangunkan semula aktiviti ekonominya. Pengendalian Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi ini adalah tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan Koperasi (Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi) 2010. |
|
Kelayakan Memohon
SEMUA koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) adalah layak untuk memohon. |
|
Bagaimana Memohon?
1. |
Lengkapkan Borang Permohonan Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi |
2. |
Sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan mengikut Senarai Semak Permohonan |
3. |
Kemukakan dokumen permohonan yang lengkap kepada pejabat cawangan negeri Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang terdekat |