|
Pengenalan |
Idea berkoperasi mula diperkenalkan oleh Sir Arthur Young (Setiausaha Inggeris bagi Negeri-Negeri Selat) di Negeri-negeri Tanah Melayu pada tahun 1907 hasil pemerhatian beliau terhadap kejayaan gerakan koperasi di Cyprus. Pada peringkat awal, gerakan koperasi kurang diberi perhatian oleh penduduk kerana terdapat unsur-unsur yang meragukan. Dari 14 April hingga 23 Jun 1921, Sir Alexander Cavendish, selaku penolong penasihat British telah dihantar ke Myanmar untuk mengkaji seterusnya membuat cadangan mengenai kaedah yang sesuai untuk memperkenalkan koperasi di Malaya. Sekembali beliau dari Myanmar, satu laporan telah dibentangkan dalam Majlis Persekutuan pada 12 Disember 1921 bagi tujuan perbahasan. |
Kronologi Gerakan Koperasi di Malaysia
Berikut adalah beberapa tarikh-tarikh penting melibatkan pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. |
Tarikh/Tahun | Jujukan Peristiwa |
28-06-1922 | Undang-undang Koperasi pertama Co-operatives Societies Enactment diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu |
01-07-1922 | Pejabat Kemajuan Kerjasama ditubuhkan dan diketuai oleh A. Cavendish (Pendaftar Pertama). |
15-07-1922 | Undang-undang Syarikat Kerjasama 1922 diwartakan. |
21-07-1922 | Koperasi PERTAMA didaftarkan iaitu Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Koperasi ini masih aktif sehingga kini dengan nama Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) dan Koperasi pos Nasional Berhad (KOPONAS). |
03-12-1923 | Koperasi pertama luar bandar yang didaftarkan iaitu Syarikat Kampong Tebuk Haji Musa Berkerjasama-sama Dengan Tanggungan Berhad, Parit Buntar, Krian Perak. |
1924 | Pada tahun 1924 Capt. Mohamed Noor Hashim dilantik sebagai Penolong Pendaftar. (Pegawai Melayu Pertama yang dilantik sebagai Penolong Pendaftar Koperasi) |
1924 | Berikutan dengan permintaan dan keinginan meluas gerakan koperasi, Ibu Pejabat Jabatan Kerjasama telah dipindahkan daripada Taiping, Perak ke Kuala Lumpur. |
1926 | Lembaga Kerjasama ditubuhkan bagi menasihati kerajaan berkaitan dengan Koperasi. |
29-04-1926 | Persidangan Kerjasama Se-Malaya telah diadakan. |
1935 | Enakmen 1922 disemak dan disiarkan sebagai FMS Cap. 97. |
1938 | Sebanyak 76 koperasi jenis kredit ditubuh dengan keanggotaan seramai 30,626 orang dan yuran sebanyak RM6, 393, 100. |
1939 | Jumlah koperasi ialah sebanyak 515 buah. |
1941-1945 | Gerakan koperasi terhenti akibat Perang Dunia Kedua. Ramai pemimpin koperasi yang ditahan oleh penjajah Jepun. |
1948 | Co-operative Societies Enactment 1922 dimansuhkan dan diganti dengan Cooperative Societies Ordinance 1948. |
1949 | Sarawak Co-operative Ordinance 1949 diluluskan |
1949 | Koperasi Pemborong Malaya (MCWS) telah ditubuhkan. Penubuhan koperasi ini bermanfaat untuk mengawal pengedaran dan pengangkutan barangan makanan ke kawasan yang terdedah dengan pengaruh komunis. |
1953 | Jabatan Kemajuan Kerjasama telah mewujudkan Bahagian Pemasaran berikutan dengan perkembangan aktiviti pemasaran dan pemprosesan dikalangan koperasi. |
1953 | Kesatuan Koperasi Malaya (Co-Operative Union Malaya) telah ditubuhkan. Koperasi ini giat mengatur program-program pembangunan koperasi seperti seminar, kursus dan berbagai lagi. |
1954 | Sebanyak 172 Koperasi jenis pemasaran telah didaftarkan dengan modal pusingan sebanyak RM10.5 juta. |
02-08-1954 | Koperasi Insuran Se-Malaysia (MCIS) telah didaftarkan. |
1954 | Penubuhan Bank Persatuan Kerjasama. Kemudian ianya bergabung dalam Bank Agung Kampong Bekerjasama Persekutuan Tanah Melayu. Koperasi bank ini dikenali sebagai Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat). |
1955 | Sebanyak 22 buah koperasi perumahan telah didaftarkan. |
1956 | Penubuhan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM); dan Datuk Abdul Majid bin Haji Mohamed dilantik sebagai Pengetua yang pertama. MKM kini dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia. |
1957 | Terdapat 2,243 buah syarikat kerjasama, modal pusingan sebanyak RM74, 051, 354 dan keanggotaan seramai 267,685 orang. |
1958 | Sabah Co-operative Ordinance 1958 diluluskan. |
1965 | Koperasi sekolah mula diperkenalkan. |
1966 | Kongres Koperasi Malaysia pertama diadakan di Universiti Malaya dengan matlamat untuk menubuhkan Kesatuan koperasi peringkat kebangsaan bertujuan untuk menyatukan semua koperasi dalam satu gerakan yang lebih menyeluruh. |
4-11-1969 | Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanudin, Taiping menjadi koperasi sekolah pertama didaftarkan. |
1971 | Penubuhan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) hasil Kongres Koperasi Malaysia Kedua. |
1972 | Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), serentak dengan itu sebanyak 1,550 buah koperasi asas tani diletakkan dibawah pengawasan LPP. |
1975 | Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebanyak 76 buah koperasi nelayan diletakkan di bawah pengawasan LKIM. |
1976 | Pindaan atas ordinan koperasi 1948 untuk memasukkan prinsip-prinsip koperasi dan penggunaan takrif baru atas istilah-istilah tertentu. |
28-01-1982 | Pelancaran era baru koperasi dengan memperkenalkan empat (4) jenis baru Koperasi : KPD , KIK, KPP dan KPN. |
1983 | Semakan ke atas Ordinan Koperasi 1948 dan dikenali sebagai Akta Koperasi 1948 (Semakan 1983). |
1986 | Gerakan koperasi mengalami titik hitam dengan 24 Koperasi Penerima Deposit diletakkan dibawah penerima (receivers). |
1988 | Sebanyak 2,913 buah koperasi berdaftar di Malaysia iaitu 2,138 di Semenanjung dan 322 di Sabah dan 443 di Sarawak. Jumlah keanggotaan seramai lebih 2.8 juta. |
1987 | Bank Pusat Kerjasama (CCB) disiasat oleh Bank Negara Malaysia kerana masalah pengurusan dan insolvensi. |
1988 | Hasil siasatan CCB diletakkan dibawah firma audit yang menjadi penanggung (receivers). |
1990 | Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) diletakkan dibawah Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi. |
1990 | Jumlah koperasi berdaftar di Malaysia sebanyak 3,028 buah, keanggotaan 3,33 juta orang, modal syer RM1.64 bilion dan aset RM6.15 bilion. |
22-01-1993 | Akta Koperasi 1993 mendapat persetujuan DiRaja setelah dibentangkan di Parlimen. |
04-02-1993 | Akta Koperasi 1993 diterbitkan dalam warta. |
22-01-1994 | Akta Koperasi 1993 dikuatkuasakan. |
Sept 1995 | Akta Koperasi 1993 dipinda dengan menambah seksyen baru 71A iaitu panduan pembubaran dan penyusunan semula sesebuah koperasi kepada syarikat. |
14-12-1996 | Dengan wujudnya seksyen 71A, satu sejarah tercatat dimana Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Berhad telah dibatalkan pendaftarannya untuk menjadikannya koperasi pertama di korporatkan. |
21-07-2002 | Hari Koperasi Pertama disambut bertempat di PWTC. |
29-01-2004 | Dasar Koperasi Negara 2002 - 2010 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri. |
April 2004 | Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Kementerian ini menjadikan keusahawanan sebagai teras dalam pembangunan koperasi. |
01-01-2008 | Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia telah diperbadankan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Berikutan dengan perubahan ini, maka semua koperasi dibawah kendalian LLP dan LKIM telah diambil alih sepenuhnya oleh SKM. |
2008 | Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setelah MeCD dibubarkan. |
16-07-2010 | YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, telah merasmikan pusat dialisis pertama milik koperasi Malaysia yang diusahakan oleh Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan |
22-09-2012 | Majlis tandatangan kerjasama antara koperasi Malaysia dengan koperasi Indonesia bertempat di Hotel JW Marriott, Medan, Indonesia. |
26-09-2012 | Majlis tandatangan Perjanjian Persefahaman dalam bidang koperasi antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Vietnam bertempat di SSM, KL Sentral. |
30-07-2013 | Suruhanjaya Koperasi Malaysia menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Bank Negara Malaysia dengan disaksikan oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. |