CALENDAR

Pendahuluan

Terdapat kes aduan yang berlaku di sesebuah koperasi yang melibatkan pihak anggota dengan pihak Lembaga, atau di kalangan anggota-anggota Lembaga sesama sendiri termasuk kes kes di mana pihak Lembaga ingin mengambil tindakan terhadap anggota.

Laman ini memberi penerangan kepada umum berkenaan tatacara aduan melibatkan koperasi.

 

Kategori Aduan

Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:

Kategori 1
Aduan di bawah kategori pertama lazimnya berkaitan dengan isu-isu berikut: 
  • Keanggotaan/ Syer/ Yuran
  • Pembayaran Dividen
  • Pemberhentian Anggota/ Pengeluaran Saham/ Syer
  • Projek Perumahan (tidak siap mengikut jadual)
  • Pengeluaran Pinjaman
Kategori 2
Aduan di bawah kategori kedua lazimnya adalah berkaitan isu-isu berikut: Mesyuarat Agung/ Mesyuarat Lembaga Pinjaman/ Pelaburan Penyelewangan Lembaga/ Kesalahan Penggunaan Kuasa Audit/ Akaun Undang-undang Kecil Subsidiari

 

Tatacara Aduan

i. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.

ii. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah kenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua.

iii. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur (jika perlu).

iv. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan.

v. Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur.

 

Mengemukakan Aduan

Aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui:

 

CARA #1: Aduan Melalui Sistem Atas Talian
Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini.

 daftar baru
Daftar Baru
 daftar masuk
Daftar Masuk



CARA #2: Aduan Secara Manual
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemukakan borang beserta lampiran (sekiranya perlu) kepada:

Bahagian Statutori & Pendaftaran
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Aras 6, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur