ENCIK AMRAN BIN ABDUL KADIR
  
amran[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOPERASI        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 
Bahagian Pembangunan Koperasi telah diwujudkan mulai 15 Mac 2021 melalui penguatkuasaan pelaksanaan penyusunan semula struktur organisasi dan pengukuhan perjawatan di SKM khususnya dalam usaha SKM untuk memacu pertumbuhan mapan dan core business sektor koperasi.

Tindakan tersebut melibatkan penggabungan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi, untuk dijenamakan semula kepada Bahagian Pembangunan Koperasi.
   
   
   

Objektif, Tugas dan Fungsi
 

Objektif BPK

Objektif BPK secara umumnya adalah seperti dinyatakan pada peruntukan seksyen 4, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Organisasi BPK

Organisasi BPK merangkumi:
        Seksyen Perniagaan dan Insentif
        - Unit Perniagaan
        - Unit Insentif Perniagaan

        Seksyen Penggalakan dan Promosi
        - Unit Pembangunan Kapasiti dan Penggalakan
        - Unit Pembangunan Komuniti dan Pemasaran

 Carta Organisasi BPK (Klik untuk paparan)

Fungsi BPK

Fungsi-fungsi BPK mengikut setiap unit:

Unit Perniagaan
i. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan perniagaan federasi dan koperasi bagi:
  a. Sektor ekonomi Pemborongan dan Peruncitan
  b. Sektor Pertanian & Industri Asas Tani; dan
  c. Sektor Perladangan.

ii. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek khas koperasi berkaitan menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

iii. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program pembangunan produk koperasi.

iv. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program kerjasama di peringkat Kementerian/Agensi melibatkan sektor ekonomi koperasi yang diselia.

v. Merangka pelaksanaaan Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sektor ekonomi koperasi di bawah seliaan.

Unit Insentif Perniagaan
i. Merancang penyediaan dan permohonan bajet pembangunan koperasi:
   a. Rancangan Malaysia Lima Tahun;
   b. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi; dan
   c. Dana-dana lain (kerjasama strategik)

ii. Menyelia dan memantau penggunaan dana-dana Kumpulan Wang Amanah bagi tujuan pembangunan perniagaan gerakan koperasi.

iii. Menyediakan kajian keberkesanan program pembangunan koperasi (penilaian prestasi, inspektorat dan laporan impak/outcome);  

iv. Menyedia dan memantau maklumbalas audit prestasi serta audit pematuhan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak ke atas dana program pembangunan koperasi
(Audit JANM, TERAJU & Audit Dalaman).

Unit Pembangunan Kapasiti dan Penggalakan
i. Merancang penganjuran:
   a. Program-program peningkatan imej gerakan koperasi melalui penglibatan dan penyertaan koperasi-koperasi dalam aktiviti ekspo pameran dan jualan di peringkat kebangsaan dan negeri.
    b. Program-program tahunan seperti sambutan Hari Koperasi Negara.
    c. Program-program pembangunan dan peningkatan kapasiti, modal insan, dan; pengukuhan nilai-nilai keusahawanan gerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan negeri.

ii. Merancang dan melaksanakan program-program promosi melalui penerbitan majalah, buletin, direktori dan risalah-risalah promosi; dan penerbtan media digital bagi meningkatkan            visibiliti gerakan koperasi.

iii. Merancang dan menguruskan pengoperasian Unit Promosi Bergerak (Coop-on-Wheels)

iv. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program promosi dan pembangunan gerakan koperasi melalui kerjasama di peringkat Kementerian/Agensi

v. Merancang, membantu dan memantau pelaksanaan program-program promosi dan pembangunan gerakan koperasi secara khusus mengikut kumpulan sasaran di peringkat
kebangsaan dan negeri.

vi. Menyelia dan memantau penggunaan dana-dana Kumpulan Wang Amanah bagi tujuan promosi dan pembangunan gerakan koperasi.

vii. Menyediakan rekabentuk grafik bagi tujuan promosi penganjuran program-program dan majlis-majlis rasmi SKM di peringkat kebangsaan.

Unit Pembangunan Komuniti & Pemasaran
i. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan perniagaan federasi dan koperasi bagi:
   a. Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan; dan
   b. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

ii. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek khas koperasi seperti:
   a. Program Desa Lestari Koperasi;
   b. Program Pembangunan Koperasi Komuniti; dan
   c. Padan niaga, promosi produk dan perkhidmatan koperasi (Fizikal & Digital)

iii. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program-program kerjasama di peringkat Kementerian/Agensi melibatkan sektor ekonomi koperasi yang diselia.

iv. Merangka pelaksanaaan Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sektor ekonomi koperasi di bawah seliaan.