![]() |
||||||
PUAN NORHAYATI BINTI AHMAD ZAINURI azyati[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
PENGARAH STATUTORI DAN PENDAFTARAN | ||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Pengenalan
Bahagian Statutori dan Pendaftaran (BSP) bertanggungjawab ke atas pentadbiran perlaksanaan perundangan oleh koperasi khususnya Akta Koperasi 1993, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Peraturan-Peraturan Koperasi, Garis Panduan Koperasi dan Surat Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). |
Objektif dan Fungsi
• |
Mendaftarkan koperasi baharu dan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) didaftarkan selaras dengan peruntukan Akta Koperasi 1993, dan Peraturan-Peraturan Koperasi; |
• |
Memastikan perundangan koperasi yang kondusif seiring dengan perubahan semasa; |
• |
Memastikan proses pembubaran koperasi adalah selaras dengan kehendak perundangan; dan |
• | Mentadbir pelaksanaan perundangan koperasi. |
Organisasi
i. |
Unit Pendaftaran |
||
|
• |
Mendaftarkan koperasi baru dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil koperasi; |
|
|
• |
Menyediakan Undang-Undang Kecil koperasi yang seragam. |
|
ii. |
Unit Statutori |
||
• |
Menyediakan draf perundangan koperasi seperti Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, Arahan, Garis Panduan Koperasi dan Surat Pekeliling atau Notis Suruhanjaya; |
||
|
• |
Mendapatkan pandangan perundangan koperasi; |
|
|
• |
Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi dalam menjalankan aktivitinya bagi memastikan tidak bercanggah dengan perundangan koperasi, mana-mana undang-undang bertulis dan nilai-nilai koperasi. |
|
iii. |
Unit Likuidasi |
||
• |
Memastikan proses pelikuidasian koperasi mematuhi kehendak Akta Koperasi 1993 dan Garis Panduan Koperasi sehingga selesai pembatalan diwartakan. |
||
iv. |
Unit Pengawalan | ||
|
• |
Menguruskan pelaksanaan kuasa, fungsi dan tugas Suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Koperasi 1993; |
|
|
• | Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi terhadap pemakaian perundangan koperasi. | |