PUAN SITI AZLIN BINTI AHMAD DAUTA
  
sitiazlin[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH STATUTORI DAN PENDAFTARAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 
Bahagian Statutori dan Pendaftaran (BSP) bertanggungjawab ke atas pentadbiran perlaksanaan perundangan oleh koperasi khususnya Akta Koperasi 1993, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Peraturan-Peraturan Koperasi, Garis Panduan Koperasi dan Surat Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
 
 
 
 
Objektif dan Fungsi
   

Mendaftarkan koperasi baharu dan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) didaftarkan selaras dengan peruntukan Akta Koperasi 1993, dan Peraturan-Peraturan Koperasi;

Memastikan perundangan koperasi yang kondusif seiring dengan perubahan semasa;

Memastikan proses pembubaran koperasi adalah selaras dengan kehendak perundangan; dan

Mentadbir pelaksanaan perundangan koperasi.
   
   
   


Organisasi
 

i.

Unit Pendaftaran

 

Mendaftarkan koperasi baru dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil koperasi;

 

Menyediakan Undang-Undang Kecil koperasi yang seragam.

   

ii.

Unit Statutori

 

Menyediakan draf perundangan koperasi seperti Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, Arahan, Garis Panduan Koperasi dan Surat Pekeliling atau Notis Suruhanjaya;

 

Mendapatkan pandangan perundangan koperasi;

 

Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi dalam menjalankan aktivitinya bagi memastikan tidak bercanggah dengan perundangan koperasi, mana-mana undang-undang bertulis dan nilai-nilai koperasi.

   
iii.

Unit Likuidasi

 

Memastikan proses pelikuidasian koperasi mematuhi kehendak Akta Koperasi 1993 dan Garis Panduan Koperasi sehingga selesai pembatalan diwartakan.

     

iv.

Unit Pengawalan
 

Menguruskan pelaksanaan kuasa, fungsi dan tugas Suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Koperasi 1993;

 
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi terhadap pemakaian perundangan koperasi.