![]() |
|||
M R. M A R C E L L I N U S A N D R E A S marcel[at]skm[dot]gov[dot]my |
|||
DIRECTOR OF CO-OPERATIVE AUDIT | |||
![]() |
STAFF DIRECTORY |
||
Introduction
• Bahagian Audit Koperasi (BAK) bertanggungjawab berkaitan pengauditan akaun koperasi, pandangan ke atas penyata kewangan teraudit koperasi serta memproses kelulusan permohonan di bawah Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi, Arahan dan Garis Panduan. |
• Tugas dan tanggungjawab ini terletak di bawah sektor operasi dan kawalselia. |
|
The objectives are :
• | Mewujudkan pelaporan penyata kewangan koperasi yang seragam; |
• | Memastikan pelaksanaan proses pengauditan yang berkesan dan kemaskini ke atas akaun-akaun koperasi; dan |
• | Memastikan pematuhan pelaporan penyata kewangan koperasi melalui penyediaan pandangan Suruhanjaya. |
|
The function are :
1. Menyemak dan meneliti akaun-akaun teraudit koperasi untuk diberi Pandangan Suruhanjaya di bawah subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993(Akta) 2. Melaksanakan pengauditan ke atas akaun koperasi di bawah subseksyen 60(2) Akta 3. Memproses permohonan dividen secara atas talian di bawah perenggan 57(5)(b) dan subseksyen 57(8) Akta 4. Memproses permohonan honorarium secara atas talian di bawah perenggan 57(5)(c) Akta 5. Memproses permohonan penerbitan syer bonus secara atas talian di bawah peraturan 28, Peraturan – Peraturan Koperasi 2010 dan perenggan 57(1B)(b)Akta 6. Memproses penilaian semula tanah atau/dan bangunan sebagai aset tetap di bawah perenggan 55(1)(b) Akta 7. Memberi kelulusan kepada individu berkelayakan untuk mengaudit akaun koperasi secara atas talian di bawah subseksyen 61(1) Akta 8. Melaksana semakan kualiti audit yang dijalankan oleh Juruaudit Swasta yang diberi kelulusan mengaudit di bawah subseksyen 61(1) Akta 9. Melaksana semakan kualiti audit yang dijalankan oleh Juruaudit SKM Negeri 10. Memantau prestasi pengauditan akaun koperasi (juruaudit SKM dan juruaudit swasta) 11. Menyediakan garis panduan/manual berkaitan audit dan akaun. 12. Memantau prestasi kutipan fi audit Suruhanjaya 13. Mengurus latihan kakitangan Bahagian Audit Koperasi Ibu Pejabat dan Negeri 14. Mengurus dan memantau prestasi program-program berkaitan pengauditan akaun koperasi (PKASA dan PAKAR) |