PULAKOP diketuai oleh seorang Pengarah dan strukturnya dibahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Latihan dan Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber dan Bahagian Penyelidikan dan Multimedia.
Fungsi Bahagian
a. Bahagian Latihan dan Pendidikan
Menjalankan program-program latihan seperti kursus, seminar dan bengkel, di samping menyelaras pembentukan modul-modul dan program latihan PULAKOP. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah dan ia dibahagi kepada 4 unit. Unit-unit yang yang diwujudkan dibawah bahagian ini adalah seperti berikut:
- Unit Perniagaan dan Keusahawanan
- Unit Perundangan Koperasi
- Unit Perakaunan dan Pengauditan
- Unit Pentadbiran Am dan Teknologi Maklumat
b. Bahagian Pengurusan Sumber
Menjalankan tugas-tugas pengurusan sumber, pentadbiran am, perkhidmatan personel dan kewangan. Bahagian ini dibahagi kepada unit yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah. Unit-unit yang diwujudkan di bahagian ini adalah seperti berikut:
- Unit Pentadbiran
- Unit Kewangan
c. Bahagian Penyelidikan & Multimedia
Menjalankan tugas-tugas penyelidikan, pengurusan teknologi maklumat dan pengurusan perpustakaan. Bahagian ini dibahagi kepada unit yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah. Unit-unit yang diwujudkan di bahagian ini adalah seperti berikut:
- Unit Komputer
- Unit Perpustakaan