PULAKOP diketuai oleh seorang Pengarah dan strukturnya dibahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Latihan dan Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber dan Bahagian Penyelidikan dan Multimedia.


Fungsi Bahagian

a. Bahagian Latihan dan Pendidikan

Menjalankan program-program latihan seperti kursus, seminar dan bengkel, di samping menyelaras pembentukan modul-modul dan program latihan PULAKOP. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah dan ia dibahagi kepada 4 unit. Unit-unit yang yang diwujudkan dibawah bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Unit Perniagaan dan Keusahawanan
  • Unit Perundangan Koperasi
  • Unit Perakaunan dan Pengauditan
  • Unit Pentadbiran Am dan Teknologi Maklumat

 

b. Bahagian Pengurusan Sumber

Menjalankan tugas-tugas pengurusan sumber, pentadbiran am, perkhidmatan personel dan kewangan. Bahagian ini dibahagi kepada unit yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah. Unit-unit yang diwujudkan di bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Kewangan

 

c. Bahagian Penyelidikan & Multimedia

Menjalankan tugas-tugas penyelidikan, pengurusan teknologi maklumat dan pengurusan perpustakaan. Bahagian ini dibahagi kepada unit yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah. Unit-unit yang diwujudkan di bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Unit Komputer
  • Unit Perpustakaan