KALENDAR

Pendahuluan

Terdapat kes aduan yang berlaku di sesebuah koperasi yang melibatkan pihak anggota dengan pihak Lembaga, atau di kalangan anggota-anggota Lembaga sesama sendiri termasuk kes kes di mana pihak Lembaga ingin mengambil tindakan terhadap anggota.

Laman ini memberi penerangan kepada umum berkenaan tatacara aduan melibatkan koperasi.

 

Kategori Aduan

Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:

Kategori 1
Aduan di bawah kategori pertama lazimnya berkaitan dengan isu-isu berikut: 
  • Keanggotaan/ Syer/ Yuran
  • Pembayaran Dividen
  • Pemberhentian Anggota/ Pengeluaran Saham/ Syer
  • Projek Perumahan (tidak siap mengikut jadual)
  • Pengeluaran Pinjaman
Kategori 2
Aduan di bawah kategori kedua lazimnya adalah berkaitan isu-isu berikut: Mesyuarat Agung/ Mesyuarat Lembaga Pinjaman/ Pelaburan Penyelewangan Lembaga/ Kesalahan Penggunaan Kuasa Audit/ Akaun Undang-undang Kecil Subsidiari

 

Tatacara Aduan

i. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.

ii. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah kenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua.

iii. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur (jika perlu).

iv. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan.

v. Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM di Kuala Lumpur.

 

Mengemukakan Aduan

Aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui:

 

CARA #1: Aduan Melalui Sistem Atas Talian
Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini.

 daftar baru
Daftar Baru
 daftar masuk
Daftar Masuk



CARA #2: Aduan Secara Manual
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan kemukakan borang beserta lampiran (sekiranya perlu) kepada:

Bahagian Statutori & Pendaftaran
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Aras 6, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur


Pengenalan
 
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana individu yang bercadang untuk mendaftarkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses pendaftaran koperasi.
       
       

Permohonan Pendaftaran Koperasi
 

 

1. Panduan pengisian borang permohonan koperasi secara atas talian adalah seperti di Jadual di bawah  
  Jadual   Langkah Tindakan 1 Bahagian B (1)
   
2. Surat Kebenaran Pendaftaran akan diberikan dalam masa tiga (3) hari bekerja dan pemohon boleh menyemak dan mencetak surat tersebut secara atas talian.
   
       
3. Suruhanjaya akan mengemukakan Kit Pendaftaran Koperasi kepada pemohon sebagai rujukan bagi sesuatu permohonan pendaftaran koperasi yang mengandungi:
  (i) GP12: Garis Panduan Berkenaan Dengan Pendaftaran Koperasi;

I. Lampiran A : Contoh Minit Mesyuarat Agung Permulaan
  •  Senarai Kehadiran Orang Yang Layak Menjadi Anggota
  •  Contoh Belanjawan Tahunan
II. Lampiran B : Butiran Undang-undang Kecil

III. Lampiran C : Permohonan Bagi Pendaftaran Koperasi di bawah Jadual Pertama

IV. Lampiran D : Helaian Terakhir Undang-undang Kecil

V. Lampiran E : Borang Fi Pendaftaran

(ii) Format Undang-undang Kecil Seragam.
     
4. Tempoh sah surat kebenaran pendaftaran adalah tiga puluh (30) hari bekerja dan pemohon perlu mengadakan mesyuarat agung permulaan dalam tempoh tersebut.
5. Suruhanjaya boleh membenarkan pelanjutan tempoh kebenaran pendaftaran jika, terdapat permohonan lanjutan daripada pihak pemohon.
6. Pemohon hendaklah menetapkan tarikh mesyuarat agung permulaan dan menghantar notis mesyuarat dalam tempoh yang munasabah kepada bakal anggota yang layak.
7. Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan pendaftaran koperasi dan dokumen- dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tidak lewat daripada dua minggu (14 hari) bekerja dari tarikh mesyuarat agung permulaan.
     
       
Pengemukaan Dokumen Pendaftaran Koperasi
 
 
1. Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan pendaftaran koperasi dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya mengikut cara yang berikut:

(a) memuat naik secara atas talian melalui sistem e-Daftar (https://edaftar.skm.gov.my); dan
(b) menghantar salinan cetak kepada pejabat Suruhanjaya Wilayah dan Negeri.
2. Dokumen yang perlu dimuat naik melalui sistem e-Daftar dan dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah sebagaimana berikut:

(a) Satu salinan borang permohonan bagi pendaftaran koperasi yang ditandatangani oleh pihak seperti yang berikut:

Koperasi Asas

Koperasi Menengah

Koperasi Atasan

sekurang-kurangnya lima (5) orang yang layak menjadi anggota.

seorang yang diberi kuasa daripada setiap  koperasi asas.

seorang yang diberi kuasa daripada:

- setiap koperasi menengah;   atau

-   setiap koperasi asas dan koperasi menengah.


(b) Satu salinan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh pihak seperti yang berikut:

Koperasi Asas

Koperasi Menengah

Koperasi Atasan

sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang yang hadir.



semua orang yang diberi kuasa sewajarnya yang hadir.

semua yang diberi kuasa sewajarnya yang hadir.


(c) Tiga salinan asal helaian terakhir Undang-Undang Kecil yang ditandatangan oleh pihak seperti yang berikut:

Koperasi Asas

Koperasi Menengah

Koperasi Atasan

sekurang-kurangnya lima (5) orang bakal anggota yang hadir.

seorang yang diberi kuasa daripada setiap  koperasi asas.

seorang yang diberi kuasa daripada:

- setiap koperasi menengah;   atau

-setiap koperasi asas dan koperasi menengah.


(d) Borang fi pendaftaran koperasi.

Pemohon hendaklah menjelaskan fi pendaftaran koperasi sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Ringgit Sahaja) dalam bentuk wang tunai/wang pos/money order/cek atas nama “Kumpulan Wang Operasi SKM” .