KALENDAR

a. Adakah pakej yang ditawarkan termasuk penyediaan makanan?
Bayaran untuk makanan adalah tidak termasuk di dalam pakej yang disediakan oleh PULAKOP. Kadar bayaran untuk penyajian makanan adalah RM35.00 seorang/ hari meliputi 6 kali sajian. Penyewa boleh memilih untuk membawa pembekal makanan sendiri, membawa bahan mentah sendiri dan dimasak di dapur di Dewan Makan atau pun menggunakan pembekal makanan yang dicadangkan oleh pihak PULAKOP. Caj Dewan Makan adalah termasuk di dalam pakej yang ditawarkan.
b. Berapa muatan bilik kuliah dan apakah kemudahan yang disediakan?
Bilik Kuliah boleh memuatkan 30-40 orang peserta dalam satu-satu masa dan ianya dilengkapi dengan komputer, internet dan projektor. Bilik Kuliah ini juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara, layar dan papan putih dan penghawa dingin untuk keselesaan para peserta.
c. Berapa kapasiti peserta yang boleh ditempatkan di asrama pada satu-satu masa?
Buat masa ini, terdapat 35 bilik di asrama lelaki dan 15 bilik di asrama perempuan. Setiap bilik menempatkan satu set katil berukuran ’single bed’ dan hanya memuatkan seorang peserta pada satu-satu masa.
d. Apakah kelengkapan-kelengkapan yang disediakan di asrama?
Selain tempat penginapan yang selesa, asrama juga dilengkapi dengan kemudahan televisyen, komputer, internet dan seterika. Bilik asrama ini juga setiap satunya dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas siling, almari pakaian, bantal, meja, cermin, penyidai tuala, termos dan selipar. Apabila peserta mendaftar masuk, peserta akan dibekalkan dengan cadar, selimut dan sabun untuk kegunaan peserta.

laporan 1

laporan 2

laporan 3

laporan 4

laporan 5