KALENDAR
Bil. Tarikh Aktiviti/Program Papar
01-2022 20-03-2022 Majlis Pra pelancaran Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok Anjuran Angkasa Papar
12-2018 16-10-2018 Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) Papar
11-2018 21-01-2018 Entrepreneur's Sewing Week Papar
10-2017 19-11-2017 Kejohanan Futsal Tahun 2017 Anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil SKM Papar
09-2017 05-11-2017 Program Hiking Anjuran Puspanita SKM Papar
08-2017 13-10-2017 Program Memasak Bubur Asyura oleh Puspanita Cawangan Kecil SKM Papar
07-2017 06-10-2017 Mesyuarat Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil SKM bil 3/2017 Papar
06-2017 16-06-2017 Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan Al-Mubaraq Papar
05-2017 16-05-2017 Program Lawatan Sewing World Gallery Papar
04-2017 11-05-2017 "Program Masih Ada Yang Sayang : Infiniti Dalam Ukhwah" Papar
03-2017 14-04-2017 Persiapan Kelas Roti Puspanita Papar
02-2017 17-03-2017 Mesyuarat Puspanita Cawangan Kecil SKM Papar
01-2017 10-03-2017 Program Lawatan Sewing Art Gallery Puspanita Cawangan Kecil SKM Papar
  • VISI

Ke arah PUSPANITA cemerlang

  • MISI

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

  • MOTO

Wanita sepakat negara meningkat

LAGUPUSPANITA

 Objektif Utama Penubuhan PUSPANITA

 

  • Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;
  • Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus;
  • Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli-ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;
  • Mengadakan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan;
  • Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini; dan
  • Menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.