KALENDAR

TERAS STRATEGIK 3 :

MEWUJUD DAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN KOPERASI

 

Kejayaan koperasi terletak pada anggota, anggota lembaga, jawatankuasa audit dalaman (JAD) dan kakitangannya. Pendidikan adalah faktor penting dalam usaha membina upaya modal insan, membangun kekuatan intelektual, meningkatkan pengetahuan dalam perniagaan dan membentuk sikap. Modal insan yang berilmu, berkemahiran dan bersikap positif adalah penentu kejayaan.

Matlamat ini dicapai melalui:

  •  Perubahan minda pemimpin dan anggota koperasi kepada pemikiran proaktif, kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan;
  •   Peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang sedang dan akan diceburi oleh koperasi;
  •   Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi;
  •   Pelaksanaan kursus wajib yang lebih efektif kepada anggota lembaga dan JAD; dan
  •   Penggalakan penyertaan anggota koperasi dalam pembelajaran seumur hidup bagi menguasai pelbagai bidang ilmu

Petunjuk Prestasi

  •   100% anggota lembaga dan JAD koperasi mengikut kursus wajib
  •   50% anggota koperasi didedahkan dengan ilmu pengkoperasian
  •   80% koperasi kluster besar dan sederhana mempunyai pengurus sepenuh masa dan berkelayakan
  •   Koperasi menyediakan latihan kepada anggota, anggota lembaga, JAD dan pekerja koperasi.

TERAS STRATEGIK 2 :

MEMANTAPKAN KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN KOPERASI

 

Kejayaan koperasi berteraskan kepada keupayaannya untuk terus bertahan dan bersaing dalam dunia perniagaan di era globalisasi dan liberalisasi pasaran yang semakin mencabar. Ke arah itu, pengurusan perniagaan dan tadbir urus baik merupakan elemen penting bagi memastikan koperasi dapat terus berada di pasaran.

Keupayaan dan kebolehan koperasi diperkukuhkan melalui:

  •   Pemilihan pemimpin yang berpengetahuan dan komited yang dapat menerajui koperasi dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi;
  •   Pembesaran operasi supaya dapat menikmati ekonomi berskala dan berdaya saing;
  •   Penggabungan atau kerjasama antara koperasi atau dengan pihak ketiga untuk menerokai bidang baru yang memerlukan modal besar;
  •   Penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan; dan
  •   Perluasan akses pembiayaan untuk koperasi mengembangkan perniagaan.

Petunjuk Prestasi

  •   5% koperasi beroperasi secara berskala besar
  •   80% koperasi besar dan sederhana mempunyai pengurusan profesional dan mengaplikasikan teknologi moden dalam pengurusan
  •   Perluasan akses kepada sumber kewangan melalui dana dalaman gerakan koperasi atau dana yang disediakan oleh kerajaan
  •   20 koperasi tersenarai dalam ICA Developing 300 dan 2 koperasi tersenarai dalam Global 300
  •   Peningkatan koperasi bersaiz besar dan sederhana daripada 7% kepada 15%

Kandungan sedang dikemaskini.

 

icon aduan

 

Sistem Tempahan

 

  • Dewan

     Kemudahan/Peralatan  Keterangan  Unit  Penghawa Dingin, Elektrik & ...

    Price from MYR1,000.00

 

Test direktori

TERAS   STRATEGIK   1 :

MERANGSANG PENGLIBATAN KOPERASI DALAM SEKTOR EKONOMI BERNILAI TINGGI

 

Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi. Sektor perkhidmatan kewangan yang merupakan nadi gerakan koperasi negara, perlu diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan sektor koperasi yang mantap. Di samping itu, sektor perkhidmatan utama lain dalam gerakan koperasi seperti perdagangan pengedaran, pelancongan, pengeluaran makanan dan perladangan dikembangkan.

Koperasi akan mendokong saranan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan negara. Dalam sektor pertanian, koperasi akan terlibat dalam pengeluaran makanan dan ternakan. Teknologi hijau akan diaplikasikan dalam proses pengeluaran makanan bagi meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti ini ke tahap yang lebih tinggi.

Usaha ini digerakkan melalui:

  •   Pakatan strategik dan jaringan perniagaan dengan pihak ketiga dalam dan luar negara. Koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran;
  •   Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi;
  •   Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara dengan memanfaatkan kemudahan ICT;
  •   Aplikasi elemen teknologi hijau dalam perusahaan koperasi untuk menjamin kesejahteraan rakyat di samping menjana pendapatan baru; dan;
  •   Pemberian pembiayaan untuk membolehkan koperasi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baru dan menambah nilai kepada produk yang sedia ada.

Petunjuk Prestasi

  •   70% perolehan koperasi disumbang oleh sektor perkhidmatan
  •   Penubuhan empat buah koperasi perbankan menjelang 2020
  •   50 koperasi gabungan baru diwujudkan
  •   100 produk dan perkhidmatan koperasi mampu bersaing di pasaran terbuka
  •    Pemberian pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  •   5% koperasi pertanian dan penternakan mengaplikasi teknologi hijau