siti muliyana ahmadi 1458086111          
    PN. SITI MULIYANA BINTI AHMADI
  muliyana[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH AUDIT DALAM        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Audit Dalam SKM ditubuhkan pada 1 Januari 2008. Penubuhan Bahagian Audit Dalam ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang mewajibkan Badan Berkanun Persekutuan menubuhkan Unit Audit Dalam. 

Bahagian Audit Dalam diletakkan di bawah Jawatankuasa Audit SKM bagi urusan pengoperasian dan pelaporan dan di bawah pihak Pengerusi Eksekutif bagi urusan pentadbiran.
 
 
Terma Rujukan Audit Dalam
 
Terma Rujukan Unit Audit Dalaman SKM adalah seperti di pautan <berikut>.
 
 
Objektif
 

Membantu Suruhanjaya Koperasi Malaysia mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urusnya;

Membantu pihak pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam menjalankan proses pengurusan (proses 4P) iaitu proses perancangan, organisasi, pengarahan dan pengawalan terhadap organisasi ini;

Membantu pihak pengurusan dalam proses penambahbaikan sistem pengoperasian bahagian-bahagian dan unit-unit di Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan

Membantu pihak pengurusan dalam memastikan perjalanan gerak kerja bahagian-bahagian dan unit-unit di Suruhanjaya Koperasi Malaysia mematuhi dasar, peraturan dan piawaian (standard) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak berwajib yang lain.

       
       
       
Fungsi
 

Bidang tugas dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam yang telah termaktub di bawah perenggan 7.1.4, Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 adalah seperti berikut:

1.

Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik;

2.

Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawalan operasi;

3.

Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut;

4.

Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai;

5.

Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut;

6.

Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan;

7.

Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan dan sama ada ia telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan;

8.

Menyelaras tugas Bahagian Audit Dalam dan Audit Luar;

9.

Bersama-sama merancang, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek:

  (a)

Ciri-ciri kawalan;

  (b)

Ciri-ciri ketepatan;

  (c)

Keupayaan merekod dokumentasi, supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya;

   
10.

Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Ketua Eksekutif dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan;

11.

Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit;

12.

Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan;

13.

Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Badan Berkanun berkenaan telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya;

14.

Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya;

15.

Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:

  i.

Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting;

  ii.

Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit;

  iii.

Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan;

  iv.

Perancangan kerja audit;

  v.

Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit; dan

   
16. Pengarah Audit Dalam hendaklah menjadi Setiausaha Mesyuarat JAD.
       
       
Bidang Kuasa Bahagian Audit Dalam
 
 i.

Bidang kuasa Bahagian Audit Dalam diwujudkan melalui Jawatankuasa Audit SKM (JAD) yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah SKM. Bahagian ini secara fungsinya melapor kepada JAD, dan melapor kepada Pengerusi Eksekutif SKM (PE) bagi urusan pentadbirannya;

 ii.

Bahagian Audit Dalam mempunyai capaian penuh, bebas dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat, rekod, sistem, aset, fungsi, operasi dan wargakerja di SKM, cawangan serta subsidiari SKM;

 iii.

Bahagian Audit Dalam mempunyai capaian penuh, bebas dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat, rekod, sistem, aset, fungsi, operasi dan wargakerja di SKM, cawangan serta subsidiari SKM;

 iv.

Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab untuk menjalankan pengauditan dalaman atau siasatan secara bebas, cekap, berintegriti dan berkualiti berasaskan bukti yang sahih dan seterusnya mengeluarkan laporan yang benar dan saksama terhadap aktiviti pengauditan dalaman yang dijalankan;

 v.

Bahagian Audit Dalam mempunyai autoriti untuk mengesyorkan tindakan pembetulan atau penambahbaikan terhadap proses atau aktiviti yang diaudit; dan

 vi.

Bahagian Audit Dalam perlu menjaga kerahsiaan terhadap maklumat-maklumat yang diperolehi.

       
       
       
Kebebasan Bahagian Audit Dalam
 

Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah sepeti berikut:

1.

Status Bahagian Audit Dalam di dalam struktur SKM keseluruhannya mestilah cukup jelas bagi membenarkan juruaudit menyempurnakan objektif audit;

2.

Kedudukan dan status Ketua Audit Dalam mestilah setara dengan kedudukan dan status pengarah-pengarah bahagian, negeri dan unit yang lain bagi membolehkan beliau berurusan secara berkesan dengan rakan setara dan pihak atasan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau;

3.

Mengelak percanggahan kepentingan yang mungkin timbul daripada hubungan profesional atau peribadi juruaudit dengan wargakerja atau entiti yang diaudit;

4.

Kebebasan untuk merancang, menyiasat dan melapor daripada sebarang elemen kawalan, pengaruh, tekanan atau sekatan luar dalam memilih teknik, mendapatkan maklumat serta menyediakan kenyataan sebenar hasil pemeriksaan audit; dan

5.

Bahagian Audit Dalam tidak mereka bentuk dan menetapkan prosedur, menyediakan rekod atau terlibat dengan aktiviti lain yang lazimnya dikaji dan dinilai semula yang boleh ditafsirkan berkompromi dengan kebebasan dan objektifnya. Namun begitu, kebebasan Bahagian Audit Dalam tidak akan terjejas dalam mencadangkan tahap kawalan yang akan digunapakai dalam membangunkan sesuatu sistem atau prosedur

       
       
Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam
 

Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah sepeti berikut:

 
1.

Perancangan Audit

  i.

Menyediakan Perancangan Audit Tahunan untuk tahun yang akan datang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit SKM Suku Keempat (Oktober-Disember) untuk mendapatkan kelulusan daripada JAD.

2.

Pelaksanaan Kajian Audit

  i.

Menyediakan dan menghantar laporan keseluruhan audit kepada auditee dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat penutup (exit-meeting) diadakan dengan pihak auditee; dan

  ii.

Memastikan laporan audit disediakan secara benar dan saksama.

3.

Kajian Audit Susulan

  i.

Membuat lawatan audit susulan ke atas pihak auditee untuk memastikan pelaksanaan tindakan penambahbaikan dalam tempoh enam (6) bulan selepas laporan keseluruhan audit dibentangkan di dalam Mesyuarat JAD.

4.

Mesyuarat JAD

  i.

Mengeluarkan draf minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan; dan

 
  ii.

Mengedarkan minit mesyuarat dan cabutan minit mesyuarat kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat disahkan oleh Pengerusi JAD.