Pengenalan
Bahagian Pentabiran bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan urusan umum Suruhanjaya termasuk urusan pengurusan aset Suruhanjaya (alih dan tak alih), pengurusan dan pengawalan stor, pengurusan kenderaan dan lain-lain berkaitan aktiviti sokongan kakitangan Suruhanjaya. Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit:- |
|||
i. | Unit aset alih dan stor | ||
ii. | Unit pengurusan fasiliti, aset tak alih, keselamatan dan logistik | ||
iii. | Unit pengurusan rekod, kontrak dan khidmat pelanggan | ||
Objektif
Bahagian Pentadbiran berperanan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen seterusnya meningkatkan keberkesanan khidmat pentadbiran dari mengawal dokumen, menyelia keselamatan pejabat sehingga kepada memelihara aset-aset milik SKM. |
|
Fungsi
• | Pengurusan aset alih dan tak alih Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); |
• | Pengurusan dan pentadbiran stor SKM; |
• | Urusetia bagi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih SKMuruhanjaya (JKPAS); |
• | Urusetia Jawatankuasa Pelupusan aset SKMuruhanjaya; |
• | Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan; |
• | Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Khas Hartanah SKM; |
• | Pengurusan dan penyelenggaraan Menara Suruhanjaya dan aset tak alih SKM; |
• | Menguruskan pentadbiran am seperti kebersihan dan keselamatan pejabat; |
• | Menguruskan tempahan makan dan minum bagi urusan rasmi dan mesyuarat; |
• | Menguruskan tempahan dan penyeleggaraan kenderaan jabatan dan rasmi; |
• | Menguruskan sistem fail dan urusan surat menyurat |