TERAS   STRATEGIK   1 :

MERANGSANG PENGLIBATAN KOPERASI DALAM SEKTOR EKONOMI BERNILAI TINGGI

 

Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi. Sektor perkhidmatan kewangan yang merupakan nadi gerakan koperasi negara, perlu diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan sektor koperasi yang mantap. Di samping itu, sektor perkhidmatan utama lain dalam gerakan koperasi seperti perdagangan pengedaran, pelancongan, pengeluaran makanan dan perladangan dikembangkan.

Koperasi akan mendokong saranan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan negara. Dalam sektor pertanian, koperasi akan terlibat dalam pengeluaran makanan dan ternakan. Teknologi hijau akan diaplikasikan dalam proses pengeluaran makanan bagi meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti ini ke tahap yang lebih tinggi.

Usaha ini digerakkan melalui:

  •   Pakatan strategik dan jaringan perniagaan dengan pihak ketiga dalam dan luar negara. Koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran;
  •   Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi;
  •   Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara dengan memanfaatkan kemudahan ICT;
  •   Aplikasi elemen teknologi hijau dalam perusahaan koperasi untuk menjamin kesejahteraan rakyat di samping menjana pendapatan baru; dan;
  •   Pemberian pembiayaan untuk membolehkan koperasi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baru dan menambah nilai kepada produk yang sedia ada.

Petunjuk Prestasi

  •   70% perolehan koperasi disumbang oleh sektor perkhidmatan
  •   Penubuhan empat buah koperasi perbankan menjelang 2020
  •   50 koperasi gabungan baru diwujudkan
  •   100 produk dan perkhidmatan koperasi mampu bersaing di pasaran terbuka
  •    Pemberian pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  •   5% koperasi pertanian dan penternakan mengaplikasi teknologi hijau