TERAS STRATEGIK 2 :

MEMANTAPKAN KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN KOPERASI

 

Kejayaan koperasi berteraskan kepada keupayaannya untuk terus bertahan dan bersaing dalam dunia perniagaan di era globalisasi dan liberalisasi pasaran yang semakin mencabar. Ke arah itu, pengurusan perniagaan dan tadbir urus baik merupakan elemen penting bagi memastikan koperasi dapat terus berada di pasaran.

Keupayaan dan kebolehan koperasi diperkukuhkan melalui:

  •   Pemilihan pemimpin yang berpengetahuan dan komited yang dapat menerajui koperasi dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi;
  •   Pembesaran operasi supaya dapat menikmati ekonomi berskala dan berdaya saing;
  •   Penggabungan atau kerjasama antara koperasi atau dengan pihak ketiga untuk menerokai bidang baru yang memerlukan modal besar;
  •   Penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan; dan
  •   Perluasan akses pembiayaan untuk koperasi mengembangkan perniagaan.

Petunjuk Prestasi

  •   5% koperasi beroperasi secara berskala besar
  •   80% koperasi besar dan sederhana mempunyai pengurusan profesional dan mengaplikasikan teknologi moden dalam pengurusan
  •   Perluasan akses kepada sumber kewangan melalui dana dalaman gerakan koperasi atau dana yang disediakan oleh kerajaan
  •   20 koperasi tersenarai dalam ICA Developing 300 dan 2 koperasi tersenarai dalam Global 300
  •   Peningkatan koperasi bersaiz besar dan sederhana daripada 7% kepada 15%