TERAS STRATEGIK 3 :
MEWUJUD DAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN MODAL INSAN KOPERASI
Kejayaan koperasi terletak pada anggota, anggota lembaga, jawatankuasa audit dalaman (JAD) dan kakitangannya. Pendidikan adalah faktor penting dalam usaha membina upaya modal insan, membangun kekuatan intelektual, meningkatkan pengetahuan dalam perniagaan dan membentuk sikap. Modal insan yang berilmu, berkemahiran dan bersikap positif adalah penentu kejayaan.
Matlamat ini dicapai melalui:
- Perubahan minda pemimpin dan anggota koperasi kepada pemikiran proaktif, kreatif, inovatif dan berbudaya keusahawanan;
- Peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang sedang dan akan diceburi oleh koperasi;
- Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan dan pentadbiran koperasi;
- Pelaksanaan kursus wajib yang lebih efektif kepada anggota lembaga dan JAD; dan
- Penggalakan penyertaan anggota koperasi dalam pembelajaran seumur hidup bagi menguasai pelbagai bidang ilmu
Petunjuk Prestasi
- 100% anggota lembaga dan JAD koperasi mengikut kursus wajib
- 50% anggota koperasi didedahkan dengan ilmu pengkoperasian
- 80% koperasi kluster besar dan sederhana mempunyai pengurus sepenuh masa dan berkelayakan
- Koperasi menyediakan latihan kepada anggota, anggota lembaga, JAD dan pekerja koperasi.