1. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan untuk tujuan penyewaan Dewan Utama. Sekiranya permohonan diluluskan oleh Suruhanjaya, surat tawaran beserta sebutharga akan dikemukakan.

  2. Pembayaran hendaklah melalui bank deraf atau cek kepada Suruhanjaya dalam tempoh lima(5) hari bekerja sebelum program.

  3. Penyewa hendaklah memastikan tanggungjawab dari segi kebersihan, keselamatan dan pengendalian Dewan Utama dapat dijaga dan disenggara dengan baik semasa tempoh penyewaan.

  4. Adalah digalakkan agar pihak penyewa mendapatkan perkhidmatan panel katerer SKM bagi tujuan pembekalan makan dan minum. Sekiranya penyewa menggunakan katerer persendirian, perlu mengemukakan surat permohonan dan memastikan segala kebersihan dijaga dengan sewajarnya.

  5. Penyewa dibenarkan untuk mengadakan latihan rehearsal dua(2) jam sebelum majlis dan segala peralatan dan kemudahan adalah dibenarkan penggunaanya.

  6. Penyewa hanya dibenarkan menggunakan Dewan Utama dan common area serta surau untuk kegunaan semasa tempoh penyewaan.

  7. Kawasan ruang kerja Suruhanjaya adalah dilarang dimasukki sama sekali atas faktor keselamatan dokumen Kerajaan.

  8. Sekiranya pihak penyewa memerlukan petak parkir, hendaklah memaklumkan kepada Suruhanjaya dan caj parkir akan dikenakan atas kadar yang munasabah.