Hebahan : Jemputan Menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2017 (AHIN 2017)
![]() |
![]() |
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengisytiharkan 26 April sebagai Hari Harta Intelek Negara (HHIN). Bersempena dengan sambutan HHIN tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperkenalkan Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) sejak 2006. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada perekacipta harta intelek atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan AHIN2017 boleh didapati melalui laman web www.myipo.gov.my.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang. Setiap penyertaan boleh dihantar di Ibu Pejabat MyIPO atau cawangan MyIPO yang terdekat. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila emel kepada ahin2017[at]myipo[dot]gov[dot]my atau hubungi pihak urusetia seperti yang berikut :
i. | Puan Emy Nadia | Tel : 03 – 2299 8433 | E-mel : nadia[at]myipo[dot]gov[dot]my |
ii. | Cik Nor Intan Pamin | Tel : 03 - 2299 8692 | E-mel : intan[at]myipo[dot]gov[dot]my |
iii. | Encik Effendi Md Noor | Tel : 03 – 2299 8532 | E-mel : effendi[at]myipo[dot]gov[dot]my |
Klik untuk muat turun maklumat lanjut