SOALAN-SOALAN LAZIM SEKTOR KOPERASI BERKAITAN WABAK COVID-19 DAN SEKATAN PERJALANAN
1. Bolehkah koperasi menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan memandangkan ianya akan melibatkan perkumpulan sejumlah orang yang ramai?
Seksyen 39 Akta Koperasi 1993 mengkehendaki setiap koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam bulan selepas berakhir tahun kewangannya. Walau bagaimanapun, bagi membendung penularan virus COVID-19, koperasi diberi perlanjutan tempoh tambahan tiga (3) bulan untuk mengadakan mesyuarat.
2. Bolehkah koperasi menangguhkan bayaran balik pembiayaan bagi membantu meningkatkan kecairan dalam menghadapi sekatan perjalanan ketika ini?
Koperasi boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan bayaran balik pembiayaan yang diberi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya Koperasi). Permohonan bagi tujuan ini perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi.
3. Adakah anggota koperasi dibolehkan menangguhkan bayaran balik pembiayaan peribadi, pembiayaan mikro atau pembiayaan
Ar-Rahnu?
Sebagai sebuah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi anggotanya, Anggota Lembaga Koperasi digalakkan untuk menawarkan penangguhan pembayaran balik pembiayaan terutama kepada anggota yang berdepan dengan masalah kewangan akibat penularan wabak ini.
4. Dalam keadaan sekatan perjalanan ketika ini, bolehkah cadangan penubuhan koperasi diteruskan.
Aktiviti utama Suruhanjaya Koperasi seperti penubuhan dan pendaftaran koperasi, permohonan pembiayaan dan geran bantuan, kelulusan bayaran honorarium atau dividen dan lain-lain kelulusan tetap diteruskan melalui aplikasi atas talian. Aplikasi ini boleh dirujuk di laman web Suruhanjaya Koperasi iaitu www.skm.gov.my
5. Ketika pejabat Suruhanjaya Koperasi ditutup, siapakah yang boleh dirujuk sekiranya koperasi menghadapi sebarang kemusykilan berkait dengan wabak ini?
Setiap pertanyaan boleh diajukan ke Whatsapp Hotline Suruhanjaya Koperasi di talian 019-2445339 atau emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.