Adalah dimaklumkan bahawa Syarikat Coral Tower (M) Sdn. Bhd yang berdaftar di No. 40, Ground Floor, Jalan Tengah, Taman Seri Tunas, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang merupakan sebuah syarikat yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati dan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada badan berwajib mengenai sebarang pelaburan yang hendak di buat dengan mana-mana syarikat dan badan-badan yang menawarkan skim pelaburan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia ditalian:
03- 20834000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk penjelasan lanjut.
UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA & KOMUNIKASI KORPORAT
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
3 MAC 2025