Nama, Tafsiran dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 57(2) dan perenggan 86(2)(r) Akta Koperasi 1993, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:-
1. Nama
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi) 1996.
2. Tafsiran
Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-
(b) "Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
(c) "Kumpulan Wang Amanah" ertinya kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;
(d) "Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
(e) "tahun kewangan" ertinya tahun kewangan bagi setiap koperasi berdaftar tetapi bagi maksud peraturan 13 ertinya tempoh dari satu haribulan Januari hingga tiga puluh satu haribulan Disember tahun yang sama.
3. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi

(a) "badan puncak" ertinya koperasi yang telah diisytiharkan oleh menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menurut perenggan 57(2)(b) Akta;
(b) "Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
(c) "Kumpulan Wang Amanah" ertinya kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;
(d) "Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
(e) "tahun kewangan" ertinya tahun kewangan bagi setiap koperasi berdaftar tetapi bagi maksud peraturan 13 ertinya tempoh dari satu haribulan Januari hingga tiga puluh satu haribulan Disember tahun yang sama.
3. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
Maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
Sumber Kewangan
4. Sumber Kewangan
Sumber kewangan bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah daripada mana-mana atau kesemua yang berikut:-
(a) pembayaran oleh koperasi-koperasi berdaftar akan apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri mengikut perenggan 57(2)(b) Akta;
(b) derma dan pemberian yang dibuat oleh pihak ketiga, tetapi tiada derma daripada mana-mana sumber luar negeri boleh diterima tanpa kelulusan Jawatankuasa terlebih dahulu;
(c) hasil pelaburan.

Maksud Kumpulan Wang Amanah
5. Maksud Kumpulan Wang Amanah
Kumpulan Wang Amanah hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:-
(a) untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan apa-apa program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh badan puncak, yang adalah bagi menggalakkan prinsip- prinsip koperasi dan kemudahan operasi koperasi-koperasi berdaftar;
(b) untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah dan
(c) untuk membiayai apa jua pun perbelanjaan yang disifatkan perlu oleh Jawatankuasa bagi faedah dan pembangunan pergerakan koperasi.

Jawatankuasa dan Tempoh Pelantikan
6. Jawatankuasa
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa bagi maksud mentadbirkan Kumpulan Wang Amanah.
(2) Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:-
(a) Ketua Pendaftar sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Timbalan Pengerusi;
(c) Pengarah Pengawalan Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Setiausaha;
(d) Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi;
(e) seorang wakil daripada Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi; dan
(f) empat orang wakil pergerakan koperasi yang dinamakan oleh badan puncak dan dilantik oleh Menteri.
7. Tempoh Pelantikan
Seorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(f) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

Terhenti menjadi seorang anggota Jawatankuasa
8. Terhenti menjadi seorang anggota Jawatankuasa
(1) Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(f) adalah terhenti menjadi anggota:-
(a) jika tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
(b) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri;
(c) jika dia terhenti menjadi anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar; atau
(d) dalam hal keadaaan yang berikut:-
(i) jika dia tidak telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, penipuan, pecah amanah, jenayah atau apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) jika dia merupakan orang yang tidak sempurna akal atau selainnya tak berupaya melaksanakan kewajipannya;
(iii) jika dia merupakan bankrap yang belum dilepaskan.
(2) Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(f) boleh meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

Fungsi Jawatankuasa
9. Fungsi Jawatankuasa
Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:-
(a) menimbang dan meluluskan perbelanjaan yang dicadangkan yang dikemukakan oleh badan puncak;
(b) memastikan bahawa semua pembayaran yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah adalah bagi maksud di bawah peraturan 5; dan
(c) memberikan apa-apa arahan yang disifatkan perlu mengenai penggunaan wang dalam Kumpulan Wang Amanah.

Mesyuarat Jawatankuasa
10. Mesyuarat Jawatankuasa
(1) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Pengerusi sekurang-kurangnya dua kali setahun atau seberapa kerap yang dikehendaki.
(2) Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah empat orang.
(3) Jika Pengerusi tiada, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan tugas Pengerusi.
(4) Semua keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan undi majoriti biasa semua anggota Jawatankuasa yang hadir dan mengundi dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri berhubung dengan mesyuaratnya.

Pelaburan
11. Pelaburan
Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa, wang dalam Kumpulan Wang Amanah boleh, setakat yang ia tidak dikehendaki dibelanjakan bagi maksud ia di bawah peraturan 5, dilaburkan atau didepositkan:-
(a) dalam mana-mana bank di Malaysia;
(b) dalam mana-mana sekuriti Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri;
(c) dalam mana-mana syer terbitan awam yang diluluskan oleh Kerajaan;
(d) dalam mana-mana koperasi yang menjalankan perniagaan pembiayaan;
(e) dalam apa-apa bentuk lain pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan Kumpulan Wang Amanah; atau
(f) dalam apa-apa bentuk lain pelaburan yang disifatkan patut oleh Jawatankuasa dan berfaedah bagi pergerakan koperasi.

Pembayaran daripada Kumpulan Wang Amanah
12. Pembayaran daripada Kumpulan Wang Amanah
(1) Semua pembayaran yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah hendaklah bagi maksud yang dinyatakan dalam peraturan 5 dan hendaklah dibuat dengan baucar yang diperakui oleh Ketua Pendaftar.
(2) Akaun-akaun amanah bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah pada setiap masa dipastikan ada wang dalamnya dan di bawah hal keadaan apa pun tidak sekali-kali boleh terlebih keluar.

Akaun dan Audit
13. Akaun dan Audit
(1) Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi hendaklah menyimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan pengendalian Kumpulan Wang Amanah dan hendaklah menyediakan penyata-penyata akaun berkenaan pada setiap tahun kewangan.
(2) Akaun-akaun Kumpulan Wang Amanah hendaklah diaudit pada setiap tahun oleh Ketua Juruaudit, yang merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965, yang dilantik oleh Jawatankuasa.
(3) Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun-akaun telah diaudit, Pengerusi hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri berserta dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau Juruaudit yang dilantik di bawah subperaturan (2)
tentang penyata akaun.
Dibuat pada 18 Disember 1996
DATO OSU BIN HAJI SUKAM,
Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi