1. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja seperti yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005.
2. AKRAB membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK dan BESTARI yang menjadi aspek penting dalam pembentukan nilai peribadi seseorang rakan pembimbing.
3. AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Bahagian Sumber Manusia di Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Di samping itu, ia juga sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.