Tiada Foto 2          
     KOSONG
  
[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN TRANSFORMASI (TMO)        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) ditubuhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi MEDAC Bil. 8/2021 Bertarikh 7 Julai 2021 khusus bagi memantau keberkesanan program dan aktiviti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025. Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) bertanggungjawab melapor terus kepada Timbalan Pengerusi Eksekutif (TPE).
Fungsi
 Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) diwujudkan bagi memastikan matlamat TransKoM 2021-2025 tercapai dan antara peranannya adalah:-

1.

Memantau dan memastikan keberkesanan penyampaian langkah transformasi;

2.

Memantau dan mengawal selia pelaksanaan setiap program/ aktiviti utama transformasi;

3.

Mengurus saling bergantungan antara pelbagai pihak berkepentingan;

4.

Mencadang dan memperkenalkan langkah intervensi atau pendekatan baharu mengikut keperluan; dan 

5.

Melaporkan secara berkala prestasi terkini serta isu dan cabaran.