![]() |
||||||
PUAN SURAIYA BINTI MUSTAFA KAMAL suraiya[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
PENGERUSI TRIBUNAL KOPERASI | ||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Pengenalan
Bahagian Tribunal Koperasi berfungsi untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian yang dirujuk di bawah seksyen 82 (1) dan (2) Akta 502 (Akta Koperasi 1993). |
Objektif dan Fungsi
Objektif bahagian ini adalah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes pertikaian di bawah seksyen 82(1) dan (2) Akta 502 dengan lebih berkesan dan cepat serta memastikan bahawa tatacara penyelesaian kes lebih mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Fungsi Bahagian ini ialah: |
|||
i. |
Mendaftarkan tuntutan Pemohon dan jawapan Responden serta ikatan dokumen kedua-dua pihak; |
||
ii. |
Menentukan tempat, tarikh dan masa perbicaraan, dan memeriksa saksi-saksi atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan, dan |
||
iii. |
Menyediakan nota prosiding, mengeluarkan 'Award' dan 'Alasan Award' bagi setiap kes. |
||
Pertikaian Yang Boleh Difailkan
Pertikaian yang boleh difailkan adalah seperti berikut: |
|
• |
Pertikaian yang menyentuh penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan pegawai-pegawai, perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan sesuatau koperasi - seksyen 82(1) Akta 502. |
• | Tuntutan apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar - seksyen 82(2) Akta 502. |
Pihak Yang Boleh Memfailkan Pertikaian
Pihak-pihak yang boleh memfailkan pertikaian kepada Tribunal Koperasi ialah di antara mana-mana pihak berikut: |
|||
i. |
Koperasi |
||
ii. |
Anggota koperasi |
||
iii. |
Bekas anggota |
||
iv. |
Anggota Lembaga Koperasi |
||
v. |
Pegawai koperasi |
||
vi, |
Waris atau penama atau wakil yang sah di sisi undang-undang seseorang anggota yang telah mati |
||
vii. | Orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang telah mati | ||
Proses Penyelesaian Pertikaian di Tribunal Koperasi
PROSES 1: | |
Pemohon mengisi Borang A. |
|
PROSES 2: | |
Permohonan didaftarkan dan nombor pendaftaran kes diberikan. |
|
PROSES 3: | |
Tribunal Koperasi menghantar Borang A kepada Responden. Satu salinan Borang B diberikan kepada Responden untuk Responden memfailkan jawapannya terhadap tuntutan Pemohon. Jawapan perlu difailkan dalam tempoh 21 hari dengan bayaran yuran RM50.00. |
|
PROSES 4: | |
Tribunal Koperasi menetapkan tarikh bicara dan tempat bicara, dan memaklumkan kepada pihak-pihak menerusi Borang C (Notis Pendengaran). |
|
PROSES 5: | |
Perbicaraan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan di hadapan panel Tribunal Koperasi yang terdiri daripada Pengerusi Tribunal Koperasi dari Jabatan Peguam Negara, Ahli Panel SKM dan Ahli Panel Koperasi sehingga tamatnya prosiding. |
|
PROSES 6: | |
Penyampaian Keputusan Pertikaian |
|
PROSES 7: | |
Tribunal mengeluarkan Award setelah mendapat bayaran yuran RM50.00 | |
Izin Mengemukakan Pertikaian
• |
Pemohon hendaklah mengisi Borang 33 dan mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit Litigasi, Bahagian Undang-Undang dan menyertakan yuran sejumlah RM100.00 yang dibayar melalui bank draf/ wang pos kepada Kumpulan Wang Operasi SKM. |
• |
Setelah SKM mempertimbangkan permohonan tersebut dan membuat keputusan bahawa pertikaian tersebut perlu dirujuk kepada Tribunal Koperasi, Surat Izin yang ditandatangani olah Pengerusi Eksekutif SKM akan dikeluarkan kepada pemohon bagi mendaftarkan pertikaiannya di Tribunal Koperasi. |
• | Tribunal Koperasi akan mengendalikan perbicaraan ke atas pertikaian-pertikaian yang telah dikeluarkan Surat Izin. |
Penguatkuasaan Award Tribunal Koperasi
• |
Award Tribunal Koperasi adalah mengikat ke atas Pemohon dan Responden. - seksyen 83(6) Akta 502. |
• |
Sekiranya mana-mana pihak gagal atau enggan mematuhi Award oleh Tribunal, pihak yang mendapat Award tersebut boleh menguatkuasakannya dengan memohon Award tersebut difailkan di Mahkamah Sesyen di tempat Award itu dikeluarkan. - seksyen 83(6A) Akta 502. |
• |
Pemohon perlu memohon kepada Setiausaha Tribunal Koperasi bagi mendaftarkan Award tersebut di Mahkamah Sesyen. |
• |
Setelah didaftarkan, Setiausaha Tribunal Koperasi akan memulangkan Award tersebut yang telah diendoskan oleh Mahkamah Sesyen kepada Pemohon. Mahkamah Sesyen di mana Award tersebut didaftarkan akan menguatkuasakan Award tersebut. |
• | Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau Award Tribunal boleh memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. - seksyen 83(7) Akta 502. |