CALENDAR

 

 

sistem eKerjaya 1

REGISTER LOG-IN GUIDE

 

 

GENERAL GUIDELINES:

 
As of 2016, all career applications to Malaysia Co-operative Societies Commission (SKM) shall be made via SKM e-Career System.


ABOUT

The SKM e-Career System is a medium developed to allow the public to apply for jobs in SKM via online. Through the system, applicants can fill in their personal data, make data updates (if necessary), and then store the data.


ADVANTAGES

This user-friendly system has the following advantages;  

  1. Applicants can fill in their personal data and register, even when there is no open vacancy.
  2. Applicants can make update (if necessary) to the previously saved data.
  3. Applicants will be notified via e-mail (from registration) when any job vacancy is made available.
  4. Applicants can easily apply for any open vacancy (with just one click).


REGISTRATION

Users are required to register an account; and will be given a username and password to log-in.


HELP & SUPPORT

For assistance, please send your complaint or feedback to:

» eKerjaya HelpDesk




Nama, Tafsiran, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Sumber Kewangan
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 57(2) dan perenggan 86(2)(r) Akta Koperasi 1993 [Akta 502], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
 
1.     Nama
      
      Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi) 1998.
      
      
2.     Tafsiran
      
      Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:-
      
      "Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
      
      "Kumpulan Wang Amanah" ertinya kumpulan wang amanah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;
      
      "Maktab Kerjasama" ertinya Maktab Kerjasama Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 [Akta 437];
      
      "Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
      
      "tahun kewangan" ertinya:-
      
      (a)     bagi maksud peraturan 14, tempoh dari satu hari bulan Januari hingga tiga puluh satu hari bulan Disember tahun yang sama;
            
      (b)     bagi maksud Jadual, tahun kewangan bagi setiap koperasi berdaftar.
      
      
3.     Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
      
      Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.
      
      
4.     Sumber Kewangan
      
      Sumber kewangan bagi Kumpulan Wang Amanah hendaklah daripada mana-mana atau kesemua yang berikut:-
      
      (a)     pembayaran oleh koperasi-koperasi berdaftar akan apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri mengikut perenggan 57(2)(a) Akta;
            
      (b)     hasil pelaburan di bawah peraturan 11.
Maksud Kumpulan Wang Amanah
5.     Maksud Kumpulan Wang Amanah
      
      Kumpulan Wang Amanah hendaklah digunakan bagi mana-mana atau kesemua maksud yang berikut:-
      
      (a)     untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pengendalian Maktab Kerjasama;
            
      (b)     untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kajian mengenai pergerakan koperasi;
            
      (c)     untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan mengadakan seminar, persidangan atau mesyuarat koperasi, dan penyertaan mana-mana anggota mana-mana koperasi berdaftar atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa di seminar, persidangan atau lawatan sambil belajar koperasi di peringkat antarabangsa;
            
      (d)     untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kemajuan pendidikan koperasi dalam apa jua bentuk yang difikirkan relevan oleh Jawatankuasa;
            
      (e)     untuk membiayai perbelanjaan berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah.
Jawatankuasa
6.     Jawatankuasa
      
      (1)     Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa bagi maksud mentadbir Kumpulan Wang Amanah.
            
      (2)     Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:-
            
            (a)     Ketua Setiausaha bagi Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagai Pengerusi;
                  
            (b)     Ketua Pendaftar sebagai Timbalan Pengerusi;
                  
            (c)     Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi;
                  
            (d)     Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi;
                  
            (e)     Pengarah Pengawalan Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Setiausaha;
                  
            (f)     Pengetua Maktab Kerjasama;
                  
            (g)     seorang wakil dari Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;
                  
            (h)     empat orang daripada kalangan anggota Lembaga koperasi berdaftar dan yang dilantik oleh Menteri.
                  
                  
      (3)     Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan tugas Pengerusi.
Tempoh pelantikan dan Terhenti menjadi seorang anggota Jawatankuasa
7.     Tempoh pelantikan
      
      Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(h) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
      
      
8.     Terhenti menjadi seorang anggota Jawatankuasa
      
      (1)     Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(h) adalah terhenti menjadi anggota:-
            
            (a)     jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
                  
            (b)     jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri;
                  
            (c)     jika dia terhenti menjadi anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar; atau
                  
            (d)     dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:-
                  
                  (i)     jika dia telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, penipuan, pecah amanah, jenayah atau apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan atau keburukan akhlak;       
                  (ii)     jika dia merupakan orang yang tak sempurna akal atau selainnya tak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya;
                        
                  (iii)     jika dia telah diisytiharkan bankrap.
            
      (2)     Seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 6(2)(h) boleh meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Fungsi Jawatankuasa
9.     Fungsi Jawatankuasa
      
      Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:-
      
      (a)     Menimbangkan dan meluluskan apa-apa perbelanjaan di bawah perenggan 5(b), (c), (d) atau (e) dan membuat pembayaran baginya;
            
      (b)     menimbangkan dan meluluskan pembayaran kepada Maktab Kerjasama;
            
      (c)     memastikan bahawa semua pembayaran yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah adalah bagi maksud di bawah perenggan 5(b), (c), (d) atau (e);
            
      (d)     memberikan apa-apa arahan yang disifatkan perlu mengenai penggunaan wang dalam Kumpulan Wang Amanah.
Mesyuarat Jawatankuasa
10.     Mesyuarat Jawatankuasa
      
      (1)     Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Pengerusi sekurang-kurangnya sekali setahun.
            
      (2)     Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa adalah lima orang.
            
      (3)     Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
            
      (4)     Semua keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat dengan undi majoriti biasa semua anggota Jawatankuasa yang hadir dan mengundi dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
            
      (5)     Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa boleh menetapkan tatacaranya sendiri berhubung dengan mesyuaratnya.
Pelaburan
11.     Pelaburan
      
      Tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa, wang dalam Kumpulan Wang Amanah boleh, setakat yang wang itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan bagi maksud di bawah Peraturan 5, dilaburkan atau didepositkan:-
      
      (a)     dalam mana-mana bank di Malaysia;
            
      (b)     dalam mana-mana sekuriti Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri;
            
      (c)     dalam mana-mana syer terbitan awam;
            
      (d)     dalam mana-mana koperasi berdaftar yang menjalankan perniagaan pembiayaan;
            
      (e)     dalam pembelian tanah dan bangunan;
            
      (f)     dalam apa-apa bentuk lain pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pelaburan Kumpulan Wang Amanah; atau
            
      (g)     dalam apa-apa bentuk lain pelaburan yang disifatkan patut oleh Jawatankuasa dan yang berfaedah bagi pergerakan koperasi.
Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah dan Pembayaran daripada Kumpulan Wang Amanah
12.     Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah
      
      Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah adalah apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri mengikut perenggan 57(2)(a) Akta dan yang diperihalkan dalam Jadual.
            
            
13.     Pembayaran daripada Kumpulan Wang Amanah
            
      (1)     Semua pembayaran yang dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah hendaklah bagi maksud yang disebutkan dalam peraturan 5 dan hendaklah disokong dengan baucar yang diperakui oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehnya.
            
      (2)     Akaun-akaun Kumpulan Wang Amanah hendaklah pada setiap masa dipastikan ada wang di dalamnya dan di bawah hal keadaan apa pun tidak sekali-kali boleh terlebih keluar.
Akaun dan Audit
14.     Akaun dan Audit
      
      (1)     Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi hendaklah menyimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan pengendalian Kumpulan Wang Amanah dan hendaklah menyediakan penyata-penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.
            
      (2)     Akaun-akaun Kumpulan Wang Amanah hendaklah diaudit pada setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau seorang juruaudit, yang merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang dilantik oleh Jawatankuasa.
            
      (3)     Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun-akaun telah diaudit, Pengerusi hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri berserta dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subperaturan (2) tentang penyata akaun itu.
Pemotongan Bahagian XI dan Kecualian
15.     Pemotongan Bahagian XI
      
      Bahagian XI Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 [P.U.(A) 551/95] adalah dipotong.
      
      
16.     Kecualian
      
      (1)     Kumpulan Wang Amanah yang ditubuhkan di bawah Bahagian XI Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah Peraturan-peraturan ini.
            
      (2)     Apa-apa daftar yang disimpan dan diselenggara di bawah Bahagian XI Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar yang bersamaan di bawah Peraturan-peraturan ini.
JADUAL (Peraturan 12)
JADUAL
(Peraturan 12)
 
Menurut perenggan 57(2)(a) Akta dan peraturan 12 Peraturan-peraturan ini, Menteri telah menentukan bahawa 2% daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun kewangan yang diperoleh oleh tiap-tiap koperasi berdaftar ialah jumlah wang yang kena dibayar oleh koperasi berdaftar itu kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.
 
 


 
Dibuat pada 29 September 1998
[KTPK (S) 07/49/4/1/2 Jld. 4; PN. (PU2) 527/V.]
 
 
 
DATO OSU BIN HAJI SUKAM,
Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi

 

 

 1.

Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Koperasi

       
 

Kategori Aduan:

   
  Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:    
       

   
 

Mengemukakan Aduan Mengenai Koperasi:

  Aduan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia perlulah mengikut panduan berikut:
       
   i. Aduan hendaklah dibuat mengikut format borang aduan.  
       
   ii. Dalam mengemukakan aduan, pengadu hendaklah mengenal pasti kategori aduan tersebut terlebih dahulu sama ada di bawah kategori pertama atau kedua. 
       
   iii. Jika berkaitan dengan kategori pertama, pengadu adalah dinasihatkan supaya mengemukakan aduan kepada koperasi dan salinkan aduan tersebut kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan kepada Ibu Pejabat SKM (jika perlu). 
       
   iv. Bagi aduan yang berkaitan dengan kategori kedua, pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada Pendaftar Koperasi Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada koperasi berkenaan. 
       
   v.

Walau bagaimanapun SKM amat menggalakkan dalam setiap aduan (sama ada di bawah kategori pertama atau kedua), pengadu hendaklah mengemukakan aduannya kepada koperasi terlebih dahulu untuk tindakan penyelesaian. Hanya jika tiada maklum balas daripada pihak koperasi aduan tersebut boleh dikemukakan kepada Pejabat SKM Negeri/ Wilayah dan salinan kedua kepada Ibu Pejabat SKM.

       
 

Tatacata Mengemukakan Aduan:

 
  Sebarang aduan mengenai koperasi boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:-  

 
 2.

Aduan dan Maklumbalas Melibatkan Pertanyaan/ Aduan Umum dan Lain-lain

 

Sebarang pertanyaan/ aduan umum dan lain-lain yang diterima SKM akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh ianya diterima.

       
 

Pertanyaan/ Aduan Umum/ Lain-lain Melalui Sistem Dalam Talian:

   
   i.      Klik pautan berikut: Sistem Aduan & Maklumbalas
 ii.     Kemukakan aduan melalui sistem
 iii.    Semak status semasa aduan yang dikemukakan
   
 
 
 
 
 

About TMP-SKM
TMP was established under the Financial Procedure Act 1957 in 1985 to assist the co-operatives in providing funds for viable projects.
Who is Eligible to Apply
All co-operatives registered under the Co-operative Societies Act 1993 (Act 502) supervised by the SKM are eligible to apply.
Application Eligibility
The Requirements are:

  1. Co-operatives registered under the Co-operative Societies Act 1993 and regulated by the Malaysia Co-operative Societies Commission;
  2. The Co-operatives have been registered for not less than 18 months and their accounts audited;
  3. Projects to be implemented are viable;
  4. The administration and management of the co-operatives comply with the Co-operative Societies Act 1993 the Co-operative Regulations 1995 and Co-operative by-laws;
  5. The account management is organised and updated and current financial statements are audited;
  6. The projects to be funded benefit the members and the co-operative.
Types of Loans/Funding
i. Working Capital
a. Consumer;
b. Contract Workers;
c. Services;
d. Ar-Rahnu/ Credit.

ii. Property Development
a. Temporary loans (Bridging Finance);
b. Premium Payments;
c. Development costs.

iii. Property Ownership
a. Purchase of Land / Buildings / Factories;
b. Modify / repair;
c. Building Construction.

iv. Transportation (Vehicle Purchase)
v. Agro-based
vi. Agriculture
vii. Industry
viii. Machineries
Funding/Loans Offered
No. Funding Types Funding Amount Funding Duration(Max. Year)
1. With collateral  ≤ RM50,000 5
2.  With collateral  RM50,001 ≤ RM10 million 10 
Criteria for Applications Eligible for Consideration
  1.  To finance economic projects undertaken and developed by the co-operative itself.

  2. The funds must be used for purposes as approved.

  3. Any change of the intended use requires the prior approval of the TMP Trust Fund Committee.

Criteria for Applications Not Eligible for Consideration
  1. Applications for funding to finance projects undertaken by a subsidiary of the co-operative or any other party.

  2. Funding application for investment in stocks.

  3. Applications for funding to finance projects not compliant with Sharia Law.

Application Methods
Applications must be submitted to the Regional SKM office that oversees the co-operatives.

Documents to be submitted are as follows :

Documentation