![]() |
|||
E N C I K B A S U I N I B I N A L I basuini[at]skm[dot]gov[dot]my |
|||
PENGARAH PEMBIAYAAN DAN KAWALAN KREDIT | |||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN |
||
Pengenalan
Bahagian Pembiayaan Kredit bertanggungjawab menguruskan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM). TMP-SKM menerima peruntukan daripada Perbendaharaan di bawah Kumpulan Wang Amanah yang disatukan sejak tahun 1985 bagi menggantikan Kumpulan Wang Amanah Koperasi yang diwujudkan pada tahun 1978.
Objektif Bahagian
- Membantu koperasi-koperasi terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana melaksanakan projek-projek berdaya maju dengan menyediakan kemudahan pinjaman bersyarat mudah;
- Membantu koperasi memulihkan projek yang bermasalah;
- Menggalakan koperasi melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada anggota.
Fungsi Bahagian
Memproses permohonan pinjaman koperasi mengikut tujuan-tujuan pembiayaan seperti berikut:-
1. Perkhidmatan
- Kerja Kontrak
- Peruncitan/ Perniagaan/ Pemborongan
- Kewangan
- Pengangkutan
- Pelancongan/ Penjagaan Diri dan Kesihatan
2. Pertanian/ Perladangan/ Asas Tani
3. Pembinaan
- Pembangunan Tanah
- Pembelian Bangunan (real estate)
4. Pembelian Bangunan (real estate)
- Mendapatkan bayaran balik pinjaman mengikut jadual.
- Menyimpan dan mengemaskini akaun-akaun pinjaman koperasi.
- Memantau projek-projek koperasi yang mendapat pinjaman TMPJPK.