![]() |
||||||
PUAN NORAZILA BINTI MOHD ZAINOL azilazainol[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
PENGARAH DASAR DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN | ||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Pengenalan
Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memperkasa serta memperkukuh pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Bahagian ini terbahagi kepada dua unit, iaitu: |
|||
1. | Unit Perancangan Dasar | ||
2. | Unit Pembangunan Strategik | ||
Objektif
Objektif bahagian ini ialah mewujudkan perancangan strategik dan penggubalan dasar-dasar serta rangka kerja yang kondusif bagi pembangunan Suruhanjaya dan gerakan koperasi. |
Fungsi dan Tugas
Menjalankan aktiviti merancang, menggubal, menyelaras, memantau, mengkaji serta menambahbaik dasar-dasar berkaitan SKM dan gerakan koperasi termasuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut: |
|||
1. |
Menguruskan hal ehwal berkaitan parlimen; |
||
2. |
Menetap, memantau dan menilai pencapaian Key Performance Indicator (KPI) Kementerian dan SKM; |
||
3. |
Menjalinkan hubungan kerjasama antara SKM dengan Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar negara, koperasi dan pihak swasta; |
||
4. |
Mengumpulkan data dan maklumat dari bahagian-bahagian lain di SKM dan pihak-pihak lain bagi penggubalan dasar-dasar SKM dan gerakan koperasi; |
||
5. |
Menyediakan laporan-laporan semasa dan berkala yang berkaitan dengan SKM dan gerakan koperasi yang diperlukan oleh Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar Negara; |
||
6. |
Mengurus dan memantau pelaksanaan Dasar-dasar yang telah digubal dalam konteks SKM dan gerakan koperasi seperti: |
||
i. | Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030; | ||
ii. | Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030; | ||
iii. | Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025; | ||
ii. | Pelan Transformasi SKM (PS) 2021-2025; dan | ||
iii. | Pelan Strategik MEDAC 2021-2025. | ||
7. |
Mengurussetiakan mesyuarat-mesyuarat |
||
|
|||