![]() |
||||||
HAJAH RAHAZAWATI BINTI ABDUL HAMID rahazawati[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
BAHAGIAN PENGURUSAN PELABURAN | ||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Pengenalan
Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan adalah merupakan salah satu bahagian yang diwujudkan di bawah Sektor Pembangunan apabila Suruhanjaya Koperasi Malaysia mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2008. Walau bagaimanapun, pengisian jawatan di Bahagian ini hanya dilaksanakan pada awal Mei 2008. |
|
Objektif
Penubuhan Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan adalah bagi mencapai objektif-objektif berikut: |
|||
i. |
Menguruskan pelaburan semua Kumpulan Wang di bawah pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sejajar dengan seksyen 37 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007. |
||
ii. |
Mentadbir dan mengurus Kumpulan-Kumpulan Wang Amanah SKM. |
||
iii. |
Memupuk amalan prinsip-pinsip pengurusan kewangan yang terbaik. |
||
Fungsi
Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan melaksanakan fungsi-fungsinya seperti berikut: |
|
• |
Mengkaji, menggubal dan mendapatkan kelulusan terhadap Peraturan dan Dasar Pelaburan SKM; |
• |
Mengkaji instrumen-instrumen pelaburan di pasaran yang dapat memberi pulangan yang lebih tinggi tertakluk kepada Peraturan dan Dasar Pelaburan yang ditetapkan; |
• |
Melaburkan wang yang tidak diperlukan segera tanpa mengabaikan mudah tunai (liquidity) setiap Kumpulan Wang; |
• |
Mempastikan semua transaksi pelaburan dilakukan dengan cekap dan mematuhi Peraturan dan Dasar Pelaburan yang ditetapkan; |
• |
Menyimpan rekod transaksi dan pelaburan dengan kemas dan teratur; |
• |
Menyediakan laporan pelaburan yang tepat pada kadar segera (timely) kepada pelbagai stakeholder; |
• |
Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Kumpulan-kumpulan Wang SKM; |
• |
Menyelaras dan memantau dan melapor penggunaan Kumpulan Wang oleh "stakeholder" dalaman dan luaran; dan |
• |
Mengkaji peluang-peluang pelaburan yang boleh diterokai untuk disampaikan kepada koperasi. |