Firdausislmail          
    ENCIK MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
  
mohdfirdaus[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH SUMBER MANUSIA        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab melaksanakan Program Sokongan Pentadbiran seperti perkhidmatan/ perjawatan, latihan kakitangan dan pemantauan aktiviti kualiti.

Bahagian Sumber Manusia dibahagikan kepada tiga (3) unit seperti berikut:-

i. Perkhidmatan dan Perjawatan
ii. Latihan dan Peperiksaan
iii. Kualiti dan Inovasi
   
Objektif
 
Memastikan urusan perkhidmatan dan program latihan kakitangan SKM dilaksanakan dengan berkesan.
 
 
 
Organisasi
 
i.

Unit Perkhidmatan dan Perjawatan

 

Fungsi unit ini adalah seperti berikut:

 

Menguruskan segala urusan perjawatan dan kebajikan pegawai dan kakitangan;

 

Menguruskan emolumen dan lain-lain perkhidmatan berkaitan;

 

Menguruskan urusan displin dan tatatertib;

 

Melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia;

 

Menguruskan segala urusan pengembang koperasi

     
ii.

Unit Latihan dan Peperiksaan

 

Program-program latihan kakitangan yang dikendalikan oleh unit ini adalah dikategorikan seperti berikut:-

 

Latihan Dalaman - anjuran SKM di dalam negeri; dan

 

Latihan Luaran - anjuran SKM/ agensi kerajaan/ swasta di dalam negeri.

 

Latihan yang diberikan adalah menjurus ke arah mewujudkan barisan tenaga kerja SKM yang berpengetahuan dan terlatih.

   
iii.

Unit Kualiti dan Inovasi

  Unit ini bertanggungjawab memantau pelaksanaan berkaitan dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU dari semasa ke semasa. Penekanan utama unit ini ialah berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pembentukan budaya inovasi dan kreativiti di SKM.