TERAS STRATEGIK 4 :
MENINGKATKAN KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP GERAKAN KOPERASI
Gerakan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan. Berkoperasi membolehkan penyertaan dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Kesedaran tentang manfaat berkoperasi ini perlu disebarluaskan untuk menarik minat rakyat menyertai atau menubuhkan koperasi.
Kerajaan berhasrat supaya masyarakat menerima koperasi sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan mereka. Segenap lapisan masyarakat dan komuniti digalakkan untuk menubuhkan koperasi.
Bagi meningkatkan keyakinan berkoperasi, kefahaman mengenainya dipertingkatkan melalui:
- Promosi kesedaran berkoperasi dengan pendekatan mesra rakyat;
- Peningkatan kesedaran, kerjasama dan sokongan pihak majikan ataupun pemimpin persatuan terhadap usaha memperkembangkan gerakan koperasi di negara ini;
- Tindakan mempermudahkan penubuhan koperasi untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menjadi anggota koperasi; dan
- Penyebaran maklumat yang lebih berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan elektronik serta agensi kerajaan
Petunjuk Prestasi
- 100% sekolah menengah mempunyai koperasi
- 100% IPTA mempunyai koperasi
- 50% IPTS mempunyai koperasi
- 50% rakyat dewasa menjadi anggota koperasi
- 16,000 koperasi didaftarkan