KENYATAAN SKM

Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan tindakan seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah koperasi yang dinamakan sebagai KOPERASI USAHAWAN MELAYU MALAYSIA BERHAD yang pada masa ini sedang giat merekrut anggota di negeri Johor dengan mengenakan bayaran daftar sebanyak RM15.00 seorang yang perlu dimasukkan ke dalam akaun individu yang ditetapkan. Skim ini menjanjikan bantuan perniagaan sehingga RM5,000 kepada anggota yang layak selepas melalui proses penapisan.

Suruhanjaya telah menyiasat kegiatan individu ini dan ingin memaklumkan bahawa KOPERASI USAHAWAN MELAYU MALAYSIA BERHAD tidak pernah berdaftar dengan Suruhanjaya dan tidak ada mana-mana orang pun boleh mendakwa diri mereka sebagai CEO atau wakil kepada koperasi yang tidak berdaftar.  Oleh yang demikian apa-apa promosi yang melibatkan indidvidu dan entiti tersebut tidak ada kaitan dengan koperasi.

Sehubungan itu, Suruhanjaya mengingatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pembiayaan atau lain-lain tawaran yang tidak munasabah yang menggunakan nama koperasi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:

         
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Telefon     :  03-2083 4056 (Hajah Rosmawati binti Hassan) 
Faksimili   :  03-20834105