PENAFIAN SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati beberapa kenyataan di dalam media massa oleh DATUK SERI DR. MUSTAPA KAMAL MAULUT yang mengaitkan Parti Berjasa sebagai Parti Koperasi serta kesemua anggota koperasi adalah ahli parti Berjasa telah mengundang kekeliruan dalam kalangan orang awam dan anggota koperasi sendiri.

SKM telah menyiasat kesahihan kenyataan beliau dan ingin memaklumkan bahawa BERJASA PARTI KOPERASI tidak pernah berdaftar dengan SKM dan tidak ada mana-mana orang pun boleh mendakwa diri mereka sebagai ahli koperasi yang tidak berdaftar. Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) adalahsebuah parti politik yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Oleh yang demikian, apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dan entiti tersebut tidak ada kaitan dengan koperasi.

Sehubungan itu, SKM mengingatkan kepada orang ramai bahawa di bawah seksyen 10B Akta Koperasi 1993 (Akta 502) memperuntukkan larangan oleh sesiapa pun selain daripada sebuah koperasi berdaftar boleh menggunakan apaapa nama atau gelaran koperasi atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini atau membuat apa-apa representasi mengikut apa-apa cara sekali pun. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh sebagai tambahan, didenda harian lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

SKM ingin memaklumkan bahawa tindakan mengaitkan koperasi dengan parti politik adalah bercanggah dengan prinsip koperasi ke-4 iaitu AUTONOMI DAN KEBEBASAN.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas boleh menghubungi SKM di alamat dan talian seperti berikut:

Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Aras 11, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Changkat Semantan, Off Jalan Semantan
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Telefon     :  03-2083 4056
Faksimili   :  03-2083 4105
E-mel   :  webmaster[at]skm[dot]gov[dot]my