Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ingin menegaskan bahawa kenyataan yang tersebar di laman internet mengenai KOPERASI WARISAN BESTARI BERHAD sebagai sebuah Koperasi berdaftar adalah TIDAK BENAR. Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan latarbelakang dan aktiviti ‘Foreign Exchange’ oleh sebuah entiti yang menyalahgunakan nama koperasi di laman internet.
SKM telah membuat semakan ke atas entiti tersebut dan ingin memaklumkan bahawa maklumat mengenai KOPERASI WARISAN BESTARI BERHAD terutamanya gambar Ahli Lembaga Pengarah dan butiran penubuhan melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 adalah PALSU kerana koperasi ini belum berdaftar dengan Suruhanjaya serta tidak boleh menjalankan apa-apa bentuk perniagaan sebagai sebuah koperasi yang sah.
Sehubungan itu, melalui ruangan ini SKM memberi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak mempercayai sebarang tawaran atau promosi melalui internet atau portal oleh pihak yang menggunakan nama koperasi.
SKM akan memantau perkara ini secara berterusan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengelirukan orang ramai melalui pertubuhan koperasi akan diambil tindakan undang-undang sedia ada. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi SKM di alamat dan talian seperti berikut:
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2083 4056 (Puan Norzila binti Nayan)
03-2083 4418 (Puan Nurul Akmar binti Ahmad Radzi)
Faksimili:
03-2083 4105