Pengumuman

  • HEBAHAN: Iklan Kekosongan Jawatan Pemandu Kenderaan (Kontrak) di SKM

    Iklan Jawatan Pemandu Kenderaan Kontrak

    klik sini untuk muat turun borang permohonan

  • Antologi Kes Perundangan Koperasi

    SKM Antologi 2 Page 001

  • eFAST-SKM (Fund Access Online System for Transformation)

     Klik untuk muat turun maklumat lanjut

    berkaitan eFAST-SKM (Fund Access Online System for Transformation)

  • Hebahan : Kriteria Pembiayaan Tabung Suntikan Modal Koperasi (TPSMK-SUNTIK)

    Tabung Pembiayaan Suntikan Modal Koperasi (TPSMK-SUNTIK) diwujudkan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (JPKSKM) pada 15 Februari 2016. Mesyuarat bersetuju membentuk satu tabung dengan peruntukan sejumlah RM10 juta sebagai modal permulaan TPSMK-SUNTIK untuk membantu koperasi menjalankan aktiviti perniagaan. Di sertakan lampiran A, B dan C sebagai maklumat lebih lanjut :

     

     

     

  • Hebahan Pautan Anugerah Harta Intelek Negara 2016 (AHIN 2016)

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menganjurkan Anugerah Harta Intelek Negara 2016 (AHIN 2016).

    Poster AHIN 2016ENG1904 PosterAHIN ZON2016eng1904

     

     Klik untuk muat turun maklumat lanjut

     

     

     

     

  • HEBAHAN: Iklan Sewaan Ruang Pejabat di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuala Lumpur

     

    Menara SKM

     

    BUTIRAN AM:

    Maklumat mengenai tawaran sewaan ruang pejabat adalah seperti berikut:

    Keluasan ruang pejabat yang ditawarkan adalah seperti berikut:

    Tingkat Keluasan
    Tingkat 8  21,745 kps
    Tingkat 9   21,475 kps

    Kadar sewaan semasa ialah sebanyak RM4.20 sekaki persegi (kps) (termasuk alatan/ perabot pejabat), seperti mana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta Kuala Lumpur.

    Segala kelengkapan pejabat termasuklah kerja-kerja pengubahsuaian dan pemasangan peralatan ICT serta tambahan alat penghawa dingin hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa, walau bagaimanapun kelulusan Suruhanjaya hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pengubahsuaian ini dilaksanakan.

    Kos utiliti termasuk bayaran elektrik, air dan perkhidmatan komunikasi hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa.

    Ruang tempat kereta turut disediakan pada kadar RM250.00 sebulan untuk setiap unit yang diperlukan.

    Sebarang pertanyaan mengenai penyewaan ruang pejabat di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia hendaklah berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

    1. En. Nor Hisham bin Zainal Abidin - (No. Tel.: 03-2083 4287)

     

    PELAN RUANG LANTAI:

    floor plan

  • HEBAHAN: Permohonan Bantuan Pembangunan Koperasi Melalui Sistem Bantuan Pembangunan eFAST SKM

    Sukacita dimaklumkan bermula 1 Januari 2016, semua permohonan bantuan pembangunan akan dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem Bantuan Pembangunan eFAST-SKM iaitu Fund Access Online System For Transformation Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

    Sistem ini boleh diakses melalui capaian berikut:

    1. Permohonan bantuan pembangunan oleh koperasi melalui aplikasi secara atas talian iaitu https://apponline.skm.gov.my; dan
    2. Bagi pegawai SKM, pegawai boleh membuat permohonan bantuan bagi koperasi seliaan negeri di Sistem INFOKOP iaitu https://infokop.skm.gov.my.

    Syarat-syarat kelayakan permohonan eFAST-SKM ialah:

    1. Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993;
    2. Permohonan koperasi mendapat sokongan SKM Wilayah dan Negeri;
    3. Perjalanan koperasi mematuhi akta dan peraturan-peraturan koperasi;
    4. Pengurusan koperasi memuaskan (mesyuarat agung/ anggota lembaga diadakan, akaun diaudit, dll);
    5. Projek yang dicadangkan berdaya maju dan memberi faedah kepada anggota-anggota;
    6. Koperasi telah mengemaskini data maklumat koperasi dalam sistem D-KOOP dan sistem INFOKOP SKM;
    7. Koperasi telah mengenalpasti/mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan untuk dilaksanakan;
    8. Aktiviti koperasi ada potensi dimajukan;
    9. Koperasi tidak/ kurang mempunyai keupayaan kewangan;
    10. Koperasi mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran baik; dan
    11. Perakuan jawatankuasa bantuan pembangunan peringkat SKM Negeri.

    Dokumen-dokumen sokongan (boleh dimuatnaik lebih daripada satu dokumen) yang perlu dimuatnaik bagi permohonan bantuan pembangunan ialah:

    1. Kertas Kerja Projek;
    2. Penyata Kewangan;
    3. Butiran Kos Bantuan Yang Dipohon;
    4. Cabutan minit Mesyuarat Agung;
    5. Cabutan minit Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi;
    6. Sebut Harga;
    7. Gambar-gambar sokongan bagi projek yang dipohon;
    8. Penyata terimaan dan bayaran bagi 3 bulan terakhir; dan
    9. Penyata bank terkini.

    Bantuan geran pembangunan (di luar skop) tidak boleh dipertimbangkan untuk tujuan dan dalam keadaan seperti berikut:

    1. pembiayaan untuk tujuan modal pusingan perniagaan;
    2. pembelian peralatan/perabut pejabat, membina/ubahsuai pejabat, sewa pejabat;
    3. pembayaran gaji; dan
    4. koperasi mempunyai tunggakan:
      - Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi,
      - Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi,
      - Fi Audit,
      - Pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK), dan;
      - Kompaun.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:

    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
    Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

    Telefon:
    03-2083 4148 - (Encik Mahzan bin Nordin)
    03-2083 4000 - (Puan Hasmuidayu binti Hasanudin )

    Faksimili:
    03-2083 4100

  • KENYATAAN SKM: Penafian SKM - Koperasi Permodalan Bersatu Berhad Sebuah Koperasi Berdaftar

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) ingin menegaskan berhubung kenyataan yang tersebar di media sosial Facebook bahawa KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD adalah sebuah Koperasi berdaftar adalah TIDAK BENAR. Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan skim menjanjikan pulangan tinggi oleh entiti tersebut yang menyalahgunakan nama koperasi melalui media sosial. Skim yang ditawarkan menetapkan seseorang individu yang membuat bayaran tertentu akan menerima bonus saraan berlipat ganda daripada pelaburan asal bagi tempoh tertentu. Skim tersebut dilaksanakan melalui sebuah syarikat menggunakan nama KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD.

    Suruhanjaya telah menyiasat skim yang ditawarkan tersebut dan ingin memaklumkan bahawa KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan sebagai sebuah Koperasi kerana masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya. Apa-apa promosi entiti tersebut tidak ada kaitan dengan koperasi.

    Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya mengingatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pulangan yang tidak munasabah yang menggunakan nama koperasi.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:



    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
    Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

    Telefon:
    03-2083 4056 - (Puan Norzila binti Nayan)
    03-2083 4418 - (Puan Nurul Akmar binti Ahmad Radzi)

    Faksimili:
    03-2083 4105

  • KENYATAAN SKM: Penafian SKM - Koperasi Permodalan Jajaran Mega Berhad Sebuah Koperasi Berdaftar

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) ingin menegaskan bahawa kenyataan yang tersebar di media sosial Facebook mengenai KOPERASI PEMODALAN JAJARAN MEGA BERHAD sebagai sebuah Koperasi berdaftar adalah TIDAK BENAR. Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan skim yang menjanjikan pulangan tinggi oleh entiti tersebut dan menyalahgunakan nama koperasi melalui media sosial. Skim yang ditawarkan menetapkan seseorang individu yang membuat bayaran tertentu akan menerima bonus dua kali ganda daripada pelaburan asal bagi pelaburan untuk tempoh empat bulan. Pulangan akan meningkat bagi tempoh pelaburan sembilan (9) bulan dan 12 bulan.

    Suruhanjaya telah menyiasat skim yang ditawarkan tersebut dan ingin memaklumkan bahawa KOPERASI PEMODALAN JAJARAN MEGA BERHAD tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan sebagai sebuah koperasi kerana masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya. Apa-apa promosi oleh entiti tersebut tidak ada kaitan dengan koperasi.

    Sehubungan dengan itu, melalui ruangan ini Suruhanjaya mengingatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pulangan yang tidak munasabah yang menggunakan nama koperasi.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:


    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
    Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

    Telefon:
    03-2083 4056 (Puan Norzila binti Nayan)
    03-2083 4418 (Puan Nurul Akmar binti Ahmad Radzi)

    Faksimili:
    03-2083 4105

  • KENYATAAN SKM: Penafian SKM - Koperasi Warisan Bestari Berhad Sebuah Koperasi Berdaftar

     

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ingin menegaskan bahawa kenyataan yang tersebar di laman internet mengenai KOPERASI WARISAN BESTARI BERHAD sebagai sebuah Koperasi berdaftar adalah TIDAK BENAR. Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan latarbelakang dan aktiviti ‘Foreign Exchange’ oleh sebuah entiti yang menyalahgunakan nama koperasi di laman internet.

    SKM telah membuat semakan ke atas entiti tersebut dan ingin memaklumkan bahawa maklumat mengenai KOPERASI WARISAN BESTARI BERHAD terutamanya gambar Ahli Lembaga Pengarah dan butiran penubuhan melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 adalah PALSU kerana koperasi ini belum berdaftar dengan Suruhanjaya serta tidak boleh menjalankan apa-apa bentuk perniagaan sebagai sebuah koperasi yang sah.

    Sehubungan itu, melalui ruangan ini SKM memberi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak mempercayai sebarang tawaran atau promosi melalui internet atau portal oleh pihak yang menggunakan nama koperasi.

    SKM akan memantau perkara ini secara berterusan dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengelirukan orang ramai melalui pertubuhan koperasi akan diambil tindakan undang-undang sedia ada. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi SKM di alamat dan talian seperti berikut:


    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
    Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

    Telefon:
    03-2083 4056 (Puan Norzila binti Nayan)
    03-2083 4418 (Puan Nurul Akmar binti Ahmad Radzi)

    Faksimili:
    03-2083 4105

  • Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Mobile Hawkers

    nbos

  • Makluman Laman Web Baharu SKM sedang dalam proses penyelenggaraan

    Adalah dimaklumkan bahawa laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia sedang dalam proses penyelenggaraan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

     

     

  • Notis Penutupan Operasi & Berpindah Pejabat SKM Cawangan Negeri Selangor

    NOTIS PENUTUPAN
    OPERASI DAN BERPINDAH

    DIMAKLUMKAN BAHAWA, SEGALA OPERASI DI PEJABAT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SELANGOR AKAN DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA BERPINDAH KE PEJABAT BAHARU BERMULA:


    11 MAC 2016 (JUMAAT)
    HINGGA
    31 MAC 2016 (KHAMIS)

    KAMI AKAN KEMBALI BEROPERASI PADA 1 APRIL 2016 (JUMAAT)
    BERALAMAT DI:


    F-G-33A, Vista Alam
    No. 3, Presint 4.5,
    Jalan Ikhtisas 14/1,
    Seksyen 14, 40000 Shah Alam.
    (Berhadapan Bangunan Umno Shah Alam Dan KWSP)

    SEBARANG URUSAN ATAU PERTANYAAN SELEPAS TARIKH 11 MAC 2016 (JUMAAT), SILA HUBUNGI KAMI MELALUI:-

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Pejabat SKM Wilayah Klang
    Jalan Haiwan, 42000 Pelabuhan Klang.
    Tel: 03-31686981
    Faks: 03-31653632

  • Pelawaan Cadangan Pembangunan Tanah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

    Pihak Suruhanjaya berhasrat untuk mempelawa mana-mana syarikat / koperasi / pemaju bagi mengemukakan cadangan Pembangunan tanah Suruhanjaya. Kertas cadangan Pembangunan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 5, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

     

     Klik untuk muat turun maklumat lanjut

     

     

     

     

  • Pelawaan Kepada Operator Parkir Bagi Pengurusan Parkir Di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

    Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia ingin mempelawa mana-mana "Operator Parkir" yang berpengalaman bagi mengemukakan cadangan pengurusan parkir di bangunan Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang beralamat seperti di bawah:-

    SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    MENARA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
    CHANGKAT SEMANTAN
    OFF JALAN SEMANTAN
    BUKIT DAMANSARA
    50490 KUALA LUMPUR

     

     Klik untuk muat turun maklumat lanjut