![]() |
||||||
TUAN WAN ZAINUL AZAMIN BIN KHAMID @ ABD MAJID wanazamin[at]skm[dot]gov[dot]my |
||||||
PENASIHAT UNDANG-UNDANG | ||||||
![]() |
DIREKTORI BAHAGIAN | |||||
Fungsi dan Tugas
1. |
Bahagian Undang-Undang berperanan sebagai badan penasihat khususnya di dalam memberi nasihat berkaitan aspek perundangan khususnya berhubung Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Akta Koperasi 1993, Perundangan Subsidiari di bawah Kedua-dua Akta tersebut dan undang-undang Malaysia yang lain berkenaan dengan perkara yang dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuk:- |
||
a. |
mentafsir undang-undang; |
||
b. |
menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya adalah menurut undang-undang; |
||
c. |
menghadiri sesi persidangan Parlimen untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri. |
||
2. |
Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Suruhanjaya merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Suruhanjaya dilindungi. |
||
3. |
Menyemak dan menyediakan naskhah pewartaan dan dokumen-dokumen untuk tandatangan/ persetujuan YB Menteri, Pengerusi Eksekutif apabila dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. |
||
4. |
Mengubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari Rang Undang-Undang dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris termasuk :- |
||
a. |
memberikan pendapat tentang penggubalan perundangan utama dan perundangan subsidiari; |
||
b. |
memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Suruhanjaya berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang, peraturan, garis panduan dan pekeliling mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya. |
||
5. |
Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya. |
||
6. | Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan dari masa ke semasa. | ||