Klik untuk muat turun maklumat lanjut

berkaitan Karnival Online Networking Entrepreneurs (One) SSM 2016 pada 2 Hingga 4 Disember 2016 Di Bangunan MARA Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

Hebahan : Hari Jualan Koperasi 

flyers

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan Hari Jualan Koperasi pada 24 November 2016 (Khamis) bertempat di Dataran Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah berhubung dengan Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antarabangsa di talian 03-2083 4240 atau e-mel korporat[at]skm[dot]gov[dot]my.

 

 

Hebahan : Ekspo Kepenggunaan Halal, Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2016)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa ekspo mega berkonsepkan halal khusus untuk pengguna iaitu HALAL FIESTA MALAYSIA (HALFEST 2016) akan berlangsung dari 31 Ogos – 4 September 2016 bertempat di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

HALFEST adalah sebuah platform promosi bagi syarikat dan usahwan dari industri halal negara untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan dengan peruncit di Malaysia. HALFEST 2016 turut menerima penyertaan dari usahawan kecil yang masih belum mendapat pendedahan terhadap persijilan halal dengan syarat-syarat tertentu. Ini secara tidak langsung membantu syarikat-syarikat kecil dan mikro ini turut bersaing dalam pasaran halal.

HALFEST 2016 dihoskan dan penganjur utama adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama strategik Halal Industry Development Corporation(HDC), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM).

Announcement : Co-operative Sales Day at SKM Federal Territory Level

HARI JUALAN KOPERASI

 

Please be informed that the Malaysia Co-operative Societies Commission (SKM) will hold the Co-operatives Sales Day at SKM Federal Territory Level on 25 October 2016 (Tuesday) at the Dataran Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Any questions regarding this matter may contact the Corporate Communications Unit, Corporate and International Affairs Division at 03-2083 4240 or email to korporat[at]skm[dot]gov[dot]my.

 

 

Pihak Suruhanjaya berhasrat untuk mempelawa mana-mana syarikat / koperasi / pemaju bagi mengemukakan cadangan Pembangunan tanah Suruhanjaya. Kertas cadangan Pembangunan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 5, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

 

 Klik untuk muat turun maklumat lanjut