Sukacita dimaklumkan bermula 1 Januari 2016, semua permohonan bantuan pembangunan akan dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem Bantuan Pembangunan eFAST-SKM iaitu Fund Access Online System For Transformation Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Sistem ini boleh diakses melalui capaian berikut:
- Permohonan bantuan pembangunan oleh koperasi melalui aplikasi secara atas talian iaitu https://apponline.skm.gov.my; dan
- Bagi pegawai SKM, pegawai boleh membuat permohonan bantuan bagi koperasi seliaan negeri di Sistem INFOKOP iaitu https://infokop.skm.gov.my.
Syarat-syarat kelayakan permohonan eFAST-SKM ialah:
- Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993;
- Permohonan koperasi mendapat sokongan SKM Wilayah dan Negeri;
- Perjalanan koperasi mematuhi akta dan peraturan-peraturan koperasi;
- Pengurusan koperasi memuaskan (mesyuarat agung/ anggota lembaga diadakan, akaun diaudit, dll);
- Projek yang dicadangkan berdaya maju dan memberi faedah kepada anggota-anggota;
- Koperasi telah mengemaskini data maklumat koperasi dalam sistem D-KOOP dan sistem INFOKOP SKM;
- Koperasi telah mengenalpasti/mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan untuk dilaksanakan;
- Aktiviti koperasi ada potensi dimajukan;
- Koperasi tidak/ kurang mempunyai keupayaan kewangan;
- Koperasi mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran baik; dan
- Perakuan jawatankuasa bantuan pembangunan peringkat SKM Negeri.
Dokumen-dokumen sokongan (boleh dimuatnaik lebih daripada satu dokumen) yang perlu dimuatnaik bagi permohonan bantuan pembangunan ialah:
- Kertas Kerja Projek;
- Penyata Kewangan;
- Butiran Kos Bantuan Yang Dipohon;
- Cabutan minit Mesyuarat Agung;
- Cabutan minit Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi;
- Sebut Harga;
- Gambar-gambar sokongan bagi projek yang dipohon;
- Penyata terimaan dan bayaran bagi 3 bulan terakhir; dan
- Penyata bank terkini.
Bantuan geran pembangunan (di luar skop) tidak boleh dipertimbangkan untuk tujuan dan dalam keadaan seperti berikut:
- pembiayaan untuk tujuan modal pusingan perniagaan;
- pembelian peralatan/perabut pejabat, membina/ubahsuai pejabat, sewa pejabat;
- pembayaran gaji; dan
- koperasi mempunyai tunggakan:
- Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi,
- Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi,
- Fi Audit,
- Pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK), dan;
- Kompaun.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2083 4148 - (Encik Mahzan bin Nordin)
03-2083 4000 - (Puan Hasmuidayu binti Hasanudin )
Faksimili:
03-2083 4100