KALENDAR

HKN2014 logo

Senarai Penerima-Penerima Anugerah
Bersempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2014

Bil. Kategori Anugerah Senarai Pemenang
1  Tokoh Koperasi Negara  YM Raja Tan Sri Dato' Seri Utama Muhammad Alias bin Tengku Mohd Ali
2  Perdana  Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
3  Perkhidmatan Kewangan  Koperasi Serbaguna Kakitangan Mas Malaysia Berhad
4 Pemborongan dan Peruncitan  Koperasi Kadamaian Kota Belud Berhad
5 Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan  Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad
6 Perladangan  Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad
7 Hartanah  Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
8 Pertanian dan Industri Asas Tani  Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad
9 Khas  Koperasi Koppes Sarawak Berhad
10 Koperasi Sekolah  Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Berhad

 Latar Belakang

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Objektif

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk :

  •   Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
  •   Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
  •   Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
  •   Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.

 

 

TERAS STRATEGIK   5 :

MEMPERKUKUHKAN KOPERASI MELALUI SELIAAN DAN PENGUATKUASAAN BERKESAN

 

Persekitaran perundangan yang kondusif akan membantu menggalakkan pertumbuhan dan kejayaan koperasi. Tindakan tegas diperlukan bagi memastikan urus tadbir baik supaya koperasi terus berkembang dan mampan. Dengan ini, koperasi dapat turut serta dalam arus perdana pembangunan negara.

Pengesanan awal dan tindakan pre-emptive merupakan pendekatan baru bagi mempertingkatkan pematuhan kepada perundangan. Pendekatan ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi menjadikan gerakan koperasi lebih kukuh dan berwibawa.

Pemantapan pengawal seliaan dan tindakan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan melalui:

  •   Pendidikan pencegahan dengan memberi kefahaman mengenai perundangan koperasi;
  •   Tindakan pencegahan awal dengan cepat dan berkesan secara sistematik ke atas koperasi yang berisiko tinggi sebagai amaran awal bagi menjaga kepentingan anggota dan orang awam;
  •   Penyediaan rangka kerja perundangan koperasi yang kondusif melalui semakan dan kajian berterusan untuk membendung gejala tidak sihat dalam gerakan koperasi; dan
  •   Penyebaran maklumat tentang gejala tidak sihat dalam gerakan koperasi kepada koperator dan orang awam untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kewaspadaan bagi mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap gerakan koperasi.

    Petunjuk Prestasi
  •   90% penyata kewangan tahunan koperasi teraudit
  •   90% koperasi mengadakan mesyuarat agung tahunan
  •   70% koperasi yang dilaksanakan penarafan mencapai tahap tiga bintang ke atas
  •   100% koperasi berisiko tinggi dipantau secara sistematik
  •   Kes pelanggaran undang-undang tidak melebihi 1% daripada jumlah koperasi

 

Pengenalan

Dasar Koperasi Negara telah lancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 2012 mengandungi 3 KRA atau Key result Area iaitu meliputi :

  •   Pembangunan aktiviti ekonomi koperasi;
  •   Keyakinan masyarakat;
  •   Kawalselia dan tadbir urus yang baik

Dasar Koperasi Negara II (DKN2),  telah dirangka bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi memeta tindakan dan arah tuju koperasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. DKN2 bagi tempoh 2011 hingga 2020 adalah kesinambungan kepada DKN1 yang berakhir pada 2010.

Landskap Dasar Koperasi Negara telah menggariskan 5 Teras Strategik untuk dicapai iaitu:

  •   TS1: Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi
  •   TS2: Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi
  •   TS3: Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi
  •   TS4: Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi
  •   TS5: Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan

Untuk mencapai dasar yang dirangka, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengenal pasti 5 bidang ekonomi bernilai tinggi sebagai EPP untuk diberi penumpuan iaitu:

  •   Perkhidmatan Kewangan;
  •   Pemborongan dan Peruncitan;
  •   Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan;
  •   Pertanian dan Industri Asas Tani;
  •   Perladangan

EPP 01 : Perkhidmatan Kewangan
Mengenai Projek EPP

Sektor kewangan adalah penyumbang terbesar dan menjadi tulang belakang kepada gerakan koperasi negara. Sehingga Disember 2011, sebanyak 80% daripada sumbangan koperasi adalah datangnya daripada sektor kewangan. Pengukuhan koperasi dalam perkhidmatan Kewangan membolehkan perolehan ditingkatkan daripada 64% kepada 70% menjelang 2020.

Bagi tujuan meningkatkan lagi aktiviti dalam sektor ini, koperasi-koperasi digalakkan untuk menawarkan produk kewangan baru seperti Ar-Rahnu, pembiayaan mikro kredit, gabungan koperasi-koperasi Kredit, Kad Coop, serta wakil Khidmat Bank Rakyat serta lain-lain aktiviti pembiayaan yang boleh menyokong pembangunan perniagaan dan perusahaan selain menghadkan kepada pembiayaan peribadi sahaja.

EPP 02 : Pemborongan dan Peruncitan
Mengenai Projek EPP

Sektor pemborongan dan peruncitan telah mula aktif dalam gerakan koperasi sejak tahun 1949 dan dijangka akan terus memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkatan output koperasi.

Perangkaan semasa menunjukkan 50% koperasi terlibat dalam sektor pengedaran, dengan koperasi dewasa memainkan peranan penting bagi memastikan pengedaran barangan keperluan harian terutamanya barang kawalan sampai kepada rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.

Gabungan dan kerjasama strategik antara koperasi pemborongan dan peruncitan di seluruh negara dijangka dapat melipat gandakan penglibatan serta mengukuhkan koperasi dalam sektor ini.

Pengukuhan koperasi penting bagi memastikan koperasi dapat memainkan peranannya dengan efisien dalam membantu kerajaan menstabilkan harga barangan dipasaran.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia sedang melaksanakan beberapa program bagi menggalakkan pembabitan koperasi dalam bidang ini seperti:

  •   Mewujudkan produk-produk jenama "COOP 1Malaysia" untuk dijual di premis-premis milik koperasi,
  •   Mewujudkan Pusat Pengedaran (Distribution Centre) mengikut negeri dan daerah;
  •   Permodenan kedai runcit di bawah program TUKAR;
  •   Menggalakkan koperasi mendapatkan Lesen Borong Barang Kawalan;
  •   Menggalakkan koperasi menyertai perniagaan stesen minyak Peruncitan SMART STREAM, di samping;
  •   Menggalakkan pembukaan pasaraya yang diusahakan oleh koperasi.
 

Blueprint Sektor Pemborongan & Peruncitan Koperasi 2016-2020

EPP 03 : Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
Mengenai Projek EPP

Industri pelancongan dan aktiviti perkhidmatan berkaitan seperti penjagaan diri dan kesihatan merupakan sektor ekonomi yang boleh diceburi oleh koperasi. Ianya membuka peluang perniagaan terutamanya kepada koperasi bersaiz kecil dan mikro yang sebahagian besarnya wujud di luar bandar.

Kawasan luar bandar kaya dengan sumber semulajadi sebagai aset yang boleh menjana aktiviti ekonomi kepada koperasi setempat. Usaha akan ditingkatkan untuk menggalakkan koperasi di luar bandar terlibat secara langsung dalam industri pelancongan khususnya yang menawarkan produk eko-pelancongan. Aktiviti lasak seperti mendaki gunung, menyusuri sungai dan merentasi hutan merupakan produk eko-pelancongan yang boleh diterokai oleh koperasi. Koperasi juga digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti pengurusan inap desa (homestay) yang telah mendapat sambutan hangat daripada pelancong terutamanya dari luar negara.

Kerjasama antara koperasi yang menyediakan produk pelancongan ini dengan koperasi yang terlibat dengan aktiviti hiliran dan huluan, pengurusan pelancongan'travel and tours' membolehkan penyediaan perkhidmatan pelancongan secara komprehensif. Aktiviti sokongan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan diperkembangkan. Peluang terbuka kepada koperasi dan anggota-anggota menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti pemandu pelancong, pertunjukan kebudayaan, penyediaan makanan dan minuman, pengangkutan dan cenderamata.

Dalam bidang kesihatan pula, koperasi boleh mengadakan perkhidmatan kesihatan melalui 'community-based health service' kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti dalam perkhidmatan kesihatan ini adalah mengadakan perkhidmatan jagaan warga emas dan orang kurang upaya, perkhidmatan rawatan dan promosi serta pendidikan kesihatan.

EPP 04 : Pertanian dan Industri Asas Tani
Mengenai Projek EPP

Walaupun sektor perkhidmatan dijangka menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi, namun aktiviti pertanian dan industri asas tani masih penting bagi mempastikan penggunaan sumber sedia ada secara cekap dan optimal serta menjamin kecukupan dan kestabilan bekalan makanan negara.

Koperasi yang mempunyai tanah di luar bandar digerakkan untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Selain daripada aktiviti pertanian konvensional seperti tanaman dan ternakan bagi memastikan bekalan makanan asasi sentiasa ada, mudah diakses dan harga berpatutan, aktiviti pertanian seperti penternakan burung walit, akuakultur, cendawan dan sayuran organik merupakan aktiviti pertanian bernilai tinggi yang boleh diceburi oleh koperasi.

Bagi meningkatkan keberhasilannya, koperasi digalakkan untuk beroperasi secara berskala besar dengan mengaplikasikan penggunakan teknologi moden.

 

Blueprint Pelan Pembangunan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Koperasi 2016-2020.

EPP 05 : Perladangan
Mengenai Projek EPP

Dalam sektor perladangan negara, dianggarkan 100,000 hektar ladang kelapa sawit akan ditanam semula. Sebanyak 1,362 (19%) koperasi yang terlibat dengan aktiviti perladangan boleh memanfaatkan peluang ini. Dengan kekuatan modal yang ada, koperasi perladangan dan koperasi yang mempunyai tanah digalakkan untuk membangunkan sektor perladangan melalui gabungan atau kerjasama strategik. Secara bergabung, koperasi boleh melibatkan diri dalam operasi pengurusan ladang dan koperasi perladangan yang kecil digalak menjalankan operasi tapak semaian dan membekal benih sawit kepada ladang tempatan.

Koperasi perladangan yang berjaya bertindak sebagai mentor untuk membantu koperasi lain membangunkan ladang mereka secara berkelompok. Koperasi juga perlu bekerjasama dengan agensi teknikal kerajaan seperti Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) dan agensi teknikal lain bagi membolehkan koperasi perladangan menceburi bidang baru seperti bioteknologi dan perusahaan berasaskan herba.






TERAS STRATEGIK   4 :

MENINGKATKAN KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP GERAKAN KOPERASI

 

Gerakan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan. Berkoperasi membolehkan penyertaan dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Kesedaran tentang manfaat berkoperasi ini perlu disebarluaskan untuk menarik minat rakyat menyertai atau menubuhkan koperasi.

Kerajaan berhasrat supaya masyarakat menerima koperasi sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan mereka. Segenap lapisan masyarakat dan komuniti digalakkan untuk menubuhkan koperasi.

Bagi meningkatkan keyakinan berkoperasi, kefahaman mengenainya dipertingkatkan melalui:

  •   Promosi kesedaran berkoperasi dengan pendekatan mesra rakyat;
  •   Peningkatan kesedaran, kerjasama dan sokongan pihak majikan ataupun pemimpin persatuan terhadap usaha memperkembangkan gerakan koperasi di negara ini;
  •   Tindakan mempermudahkan penubuhan koperasi untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menjadi anggota koperasi; dan
  •   Penyebaran maklumat yang lebih berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan elektronik serta agensi kerajaan


Petunjuk Prestasi

  •   100% sekolah menengah mempunyai koperasi
  •   100% IPTA mempunyai koperasi
  •   50% IPTS mempunyai koperasi
  •   50% rakyat dewasa menjadi anggota koperasi
  •   16,000 koperasi didaftarkan